Pages

July 24, 2012

Perasaan


Hari-hari cerita pasal diet pun boleh jadi bosan gak kan. Lama tak mengarut dalam blog ni. Ramai yang tanya kenapa suddenly nak diet? Tak ada apa pun cuma saje je nak naikkan confident level dalam diri ni. Then bila nak kerja tu tak de la penat je rasa. Untuk stamina juga kan. Dah kalau badan besar, turun naik tangga pun dah rasa macam lari 10km (ok over la tu!) What else eh? Nak jumpa client pun confident la gak kannn.

Kurus untuk cari pasangan? Hmm.. bab tu memang tak terpikir. Tu dah memang jodoh. Kalau aku kurus macam lidi pun but still tak de jodoh nak buat macam mana kan. Cakap pasal jodoh ni memang takkan habis. Lagi-lagi bila umur dah remaja (erkkk) ni. Tengok la raya nanti, aku ni dah macam kaunter pertanyaan plak. Semua nak dok tanya aku.

‘Kakak nya bila nak kawin? Adik ni dah nak bersalin dah’

Hishhh biaq pi la adik aku dah nak bersalin ka apa ka. Dah rezeki dia kan. Caring sungguh la hangpa ni noh. Awat aku cakap utara ni? Haha

Sebenarnya la kan, soalan typical ni aku dah lali dah. Kalau ikut hati nurani suci murni ni, nak je aku record jawapan aku. So bila dorang tanya je, senang aku play je jawapan apa aku nak.

‘Tak dak ka hang berkenan kat sesiapa?’

Halo cheq. Op kos la aku ada berkenan kat mamat ni tapi nak buat lagu mana kalau dia tak berkenan kat aku. Hangpa boleh dok control-control hati & perasaan orang ka? (tengok. Cakap utara lagi.Hoh)

Macam ni la, setiap orang mesti nak rasa hidup berkeluarga. Siapa tak nak kan? Tapi benda ni semua bukan la terletak pada tangan kita. Kita ni mampu untuk merancang je. ALLAH yang tentukan segalanya. Sama ada aku ni berpeluang jadi seorang isteri ke tak, berpeluang jadi seorang mak ke tak, itu semua dah tertulis. Jadi jangan stresskan hidup dengan benda ni. But yes, sesekali tu rasa la juga stress bila dah tinggal aku je yang belum kawin. Sadis bukan. Tapi takpe, nasib my friends semua sporting. Husband dorang pun sporting. So tak de la terasa sangat terpinggir tu.

Korang semua tau kan yang my sister, Nona dah kawin & she is expecting her first baby in September. Orang semua tanya apa perasaan aku and bila orang dating je majlis dia semua dok pat my back and said ‘xpe, nanti ada la jodoh tu’

What the hell men? Come on la. Ni adik aku punya wedding kot. Setitik zarah pun tak de parasaan cemburu dalam hati ni. Sejujurnya, kalau aku mampu dari segala segi, aku akan buat yang terbaik untuk dia & Fira. Sampai masa kendiru tu pun, aku dok bz lagi dekat dewan. Tak mandi tak hape pon. Mak sampai nak menangis tengok aku. Haha. She is a drama queen u know.

Why? Kenapa aku buat macam tu? Sebab pada aku, seandainya aku tak di takdirkan ada pasangan, sekurang-kurangkan aku dah buat majlis kawin adik-adik aku sehabis baik. Aku anggap yang majlis tu adalah majlis kawin aku. Of coz majlis jadi perfect. Walaupun ada la cacat cela sikit but hey, mana ada majlis yang sempurna.

So, berbalik pada jodoh.  Sangat subjektif.  Tujuan berkahwin tu apa? Nak bersaing ke? Kau pakai Cosry aku plak nak pakai Hatta Dolmat. Contoh je hokkey. Siapa sentap aku lempang. Haha

As for me la kan, walaupun agak klise, aku nak sangat & berharap dapat suami yang boleh bimbing aku. Impian berimam kan suami sendiri dalam setiap solat, ajar aku segala-gala pasal hukum hakam Islam & segala-galanya. Macam dalam drama sangat kan but that is what I want. Pengalaman bercinta sebelum ni banyak mengajar aku. Aku takkan cerita pasal tu. Dorang semua pun dah bahagia dengan hidup masing-masing.

Sebenarnya apa yang aku cari? Entah la. Aku pun tak tau. 3 tahun hidup sendiri buat aku belum terbuka nak ada pasangan. Sebenarnya tak de sape pun yg approach. Hahaha. Well well well. Kualiti lelaki yang aku perlukan still lagi belum jumpa. Macam la aku ni berkualiti sangat kan. Haktuii. Haha. Sebab tu la aku cakap benda ni subjektif. Kau suka dia tapi dia suka kau. Dia suka kau tapi kau tak suka dia. Haaa tak ke haru. Tapi kalau ada jodoh tu, smooth je perjalanan tu. Kau suka aku, aku suka kau. Dah jom kawin. Macam tu la contoh dia. Aku tak nak kawin for the sake orang lain kawin, aku pun mesti kawin. Nanti rumah tangga yang huru-hara.

Siapa tak nak nama dia bertukar status kan. Puan Nur Amirah.  Semua pun nak tapi sekali lagi ini bukan kuasa kita. Jadi dari asyik bertanya ‘bila nak kawin’ baik doakan supaya dapat bertemu jodoh yang baik.

Kan dah mengarut. Asal cerita pasal lain dah cerita pasal jodoh plak. Haha.

Lastly,
Mak, seandainya  Allah takdirkan kaklong untuk hidup sorang, mak tolong jangan sedih. Kaklong happy & redha dengan semua ni. Betul, mulut senang untuk senyum & berkata ‘its ok’ tapi hati siapa yang tau kan.  Jujur kaklong cakap, tengok adik-adik bahagia dengan anak-anak & suami masing-masing cukup buat kaklong happy. InsyaAllah, kalau itu takdirNya, Dia ada planning yang lebih baik untuk kaklong. Jangan runsing pasal jodoh kaklong ye. Hoho.

‘’ Seandainya aku ditakdirkan untuk tidak mempunyai pasangan, sekurang-kurangnya aku pernah bercita-cita untuk menjadi seorang zaujah yang solehah untuk sang zauj. Sekiranya aku ditakdirkan untuk tidak mempunyai zuriat, sekurang-kurangnya aku pernah bercita-cita untuk melahirkan zuriat yang soleh & solehah untuk sang zauj yang dikasihi. Seandainya aku ditakdirkan untuk tidak bersama mu, sekurang-kurangya aku pernah bercita-cita untuk menjadikan mu zauj pilihan hatiku berlandaskan jalan Allah ‘’ – Amirah Azhar, 24 Julai 2012

Buat sang zauj,
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana.

Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah.

Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan ku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku.

Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.

Biar tak bertemu di alam fana, moga bertemu di Jannatul Firdausi. Amin

2.40pm, 24 Julai 2012

5 comments:

anna hawa said...

samalah kita.. rupanya tak bersendirian, tak apalah, mungkin perancangan Allah adalah lebih baik untuk kita pada masa akan datang, berdoalah, moga berkat bulan yg mulia ini, ada ketentuan yg terbaik :)

anna hawa said...

:)

Nor Diana said...

sedih aku baca tau...jodoh semua di tangan tuhan..mungkin tak dapat yang bujang..dpt duda mcm aku ni..kahkahkah...Allah dah tentukan skrip perjalanan hidup kite...

myrainbowdreams said...

anna hawa : aminnn. InsyaAllah. Perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan :)

Diana : alalala sedih plak. Hehe.

Nor Diana said...

jadi follower aku eh..baru nak jinak2 wat blog nih