Pages

July 16, 2012

Day 7 - Week 1

Breakfast


*biasa la hujung minggu. Malas bangun awal. Rugi. Hahahaha


Dinner


Peria Goreng + Ikan Tandori + Ayam Goreng




Tengok pun tau makan dekat kedai mamak kan? Haha. Malas masak.


Anggaran carbs : 3.5g


Dinner


Fish Steak + Black Pepper Mushroom Gravy




Fish Steak


Ambil la apa-apa jenis ikan pun
1 biji telur
Lada hitam
Garam
1 sudu bread crumb (white)
Sedikit paprika


Lumurkan ikan dengan garam dan kemudian sedikit lada hitam & paprika. Gaulkan dengan telur. Akhir sekali taburkan sesudu bread crumb dan goreng ikan dalam minyak yang panas.


Black Pepper Mushroom Gravy


1 cawan stok ayam
1/2 sudu sos cili
1/2 sudu sos tiram
1/2 sudu lada hitam
1/2 tepung jagung
Garam
Gula tiruan
Bawang holland
Cendawan butang


Bawang dan cendawan dipotong dadu & tumiskan sehingga masak. Masukkan lada hitam dan masak seketika. Letakkan stok ayam, sos cili dan sos tiram. Kemudian masukkan tepung jagung yang telah di bancuh dengan sedikit air. Tambah garam & gula. Kacau sehingga kuah menggelegak & pekat. Siap. 


Simpan dalam bekas & letak dalam fridge. Bila-bila nak makan senang. 


*kuah ni agak cair dari sebab saya kurangkan penggunan tepung jagung.
**jangan ambil terlalu banyak. cukup hanya 1 mangkuk kecil sahaja.


Anggaran carbs : 5g


Total carbs : 8.5g

No comments: