Pages

July 12, 2012

Day 4 - Week 1

Induction

Breakfast

Chicken Breast with Sauté Mushroom and Scramble Eggs


Dada ayam
Garam
Lada putih
Garam
*gaul & perapkan buat sementara waktu

Cairkan suku sudu butter dalam non stick pan. Masukkan ayam & grill hampir masak. Masukkan hirisan cendawan butang & biarkan sehingga ia keperangan. 

Scramble Eggs

2 biji telur
Garam

Anggaran carbs : 3.5g

Lunch

*tak ada lunch sebab terlajak tidur sampai pukul 1.50ptg. Haha.

Dinner

Sup Campur (Ayam+Daging)



* beli dekat kedai odw balik dari keje. Lapar x hingat. Tak sempat nak masak segalam bagai. Haha. Kalau perasan, menu saya banyak supp. Sebab saya memang suka sup :)


Marinated Grilled Chicken




*untuk 20ketul ayam-drummet & wings
1 sudu sos tiram (carbs : 13.5g tapi ni adalah untuk 20 ketul ayam. so its ok)
Sedikit serbuk bawang putih / bawang putih yang ditumbuk
Sedikit serbuk cili
Sedikit rosemary
Sedikit kunyit
Garam
Serbuk cili


Gaul semua bahan dan perap sekurang-kurangnya 30minit. Saya hanya grill sebanyak 6 ketul sahaja. Selebihnya tu saya simpan. Senang bila nak pakai lagi. Letak suku sudu minyak dalam non stick pan kemudian grill kan ayam sehingga masak dan keperangan. Boleh juga makan dengan mayonis.


Anggaran carbs : 5g


Total : 8.5g


Berita happy!


Ada sehelai baju fav saya dah muat. Yeayyy. Happyyyyy!!!

No comments: