Pages

July 9, 2012

Diet Atkins

Lama betul tak update blog. Last update pun bula April. Haha.


So hari ni nak cerita pasal Atkins Diet. Ada yang pernah dengar & ada gak yang tak pernah dengar. Atkins diet ni adalah diet rendah karbohidrat. Kita kuruskan badan dengan mengurangkan jumlah pengambilan karbohidrat.


Dengan mengurangkan pengambilan karbohidrat, maka badan kita akan menggunakan lemak yang lamaaaaaa dah tersimpan dalam badan. Bukan langsung tak boleh ambil carbs tapi di kurangkan kepada 20g sehari semasa proses induksi.


Bermaksud, SAY GOODBYE TO NASI. Ye! No nasi, no roti, no spegetti, no segala-galanya yg tinggi karbohidrat.



 Bye char kuey tiaw. Huhu.


Macam mana aku mula dapat tau pasal diet ni. Siapa lagi kalau bukan dari mak. Haha. Dia yang bersemangat suruh try. Tapi tak minat lagi masa tu. Minat gak tapi nanti laaa. Then yang buat saya lagi bertambah semangat nak try bila tengok my bestfriend kurus masa hari dia tunang. OMG! OMG!


Skali dia cakap dia ikut diet dari budak ni. Siapa budak 'ni'? Nama dia Dzul. Dia dulu gemukkkkk. Skang dah kurus. Tak la kurus macam lidi but still kurus la dari yang sebelumnya. So masa mak bagi link website dia, aku tak la terus bukak. Lek lek lu. Haha. Then lepas tengok gambar tunang my friend tu, terus tanya dia yang dia diet macam mana. Skali dia cakap ikut diet si budak Dzul tu ha la. Dang!! Baru la rasa percaya. Haha


Ni website dia www.taknakgemuk.com and FB dia Tak Nak Gemuk . Untuk sementara ni website dia tgh private sebab dzul tengah nak upgrade katanya. 


Masa 30/5/2012 aku jumpa la si budak Dzul ni untuk program One To One Tutor (OTOT). Semangat dah katanya. Haha. The first thing dia cakap untuk mulakan diet ni kena bagitau semua orang yang kita tengah diet. Kau gila ke dik! Malu la aku. Hohoho.


Kenapa kena bagitau kawan & semua orang? Sebab nanti katakan lah kita dah agak-agak leka, biasa la hangat-hangat tahi ayam kan, mesti ada suara sumbang kawan-kawan aku tu cakap 'woi pompuan. cakap diet. ni melantak x hingat dunia'. Mesti sentapkan. Tak pun mesti ada kawan-kawan aku yang cakap 'kau ni cakap diet tapi tak jugak kurus-kurus'. Haaa mulut-mulut puaka tu la yang buat korang lagi bersemangat. Hahaha. Walau apa pun, aku tetap sayang kawan-kawan aku yang gila tu. 


Aku jumpa dzul hujung bulan 5 dan aku start diet ni baru hari ni. Awal bulan 7. Sebulan aku ambil masa nak siapkan mental. Hahahaha. Dah macam pikir nak terima pinangan plak. Eh. Tak de kaitan. So berpandukan tips dari kawan aku yang dah kurus tu, sebelum nak start diet ni, cuba untuk elakkan nasi dalam seminggu. Tapi ni untuk yang memang BFF dengan nasi la. Mana yang boleh 'kick' nasi terus, boleh la teruskan diet ni. Macam aku ni, phewww. Menggigil ok hari pertama & kedua. Masuk hari ketujuh, gua dah chill dah tengok nasi beb. Kekekeke.


So lepas beli barang semalam, maka hari ni bermula la peperangan ni. 



Haa. Siap beli non stick pan lagi. Haha. Maklumlah duduk rumah sewa ni bukan semua ada. Ni baru sikit. Macam ni pun hangus RM50. Huhu. Akak redhoo je dik. Nak kurus kan.


Untuk permulaan ni, sebanyak 20g carbs sehari sahaja yang di benarkan. Ini adalah proses induksi. 20g ni termasuklah sarapan, lunch & dinner. Haa. Jadi mulai hari ni aku akan share  all the recipes yang dimakan sepanjang berlangsungnya 'event' terbesar ni. Kekekeke. 


Tips dari Dzul, kalau lapar minum air banyak-banyak or makan chewing gum mint flavour (low carb of coz). 


Akhir kata, doakan aku berjaya & seterusnya dapat jadi pesaing Angelina Jolie. Eh.


*Awas ye korang. Mak Jemah akan kembali menyinar. Haha


Mode : Excited!


1 comment:

iza.rahman said...

OMG u olss
aku pon nak try laaa
tapi mampoo kee??
wuuuuuu!!!