Pages

Showing posts with label mumble. Show all posts
Showing posts with label mumble. Show all posts

February 8, 2014

Akhirnyaaaaa! Update pun!

HAPPY NEW YEAR CHUOLSSS!!

Motip sangat kan? Dah masuk bulan February baru nak hapdet blog. HAHA
Lama nau aku tak update blog. Tak tau apa nak cerita sebenarnya. Semua macam samaaaa je uols!

Oh! Tahun ni iols dah dah masuk 29 tahun. Sob sob sob. Last pakai angka 2 tu. Tahun depan pulang balik & pinjam nombor 3 plok. 

TAPI aku tetap awet muda. HAHAHAHA. Feeling sangat sebab orang ingat aku student. WAHAHAHAHA. Nampak sangat tak berapa matang kan.

Aku malaih nak take things seriously sangat. Buat pening kepala ja. Hang buat baik orang mengata, hang buat onat laaaagi depa mengata. So 'WHY BOTHER?' Pinjam ayat Azwan Ali satttt.

Macam biasa la, soalan paling biasa 'Bila nak kawin?'. Seriously, aku dah tak herann pun soklan gini. Kalau aku dalam mood melawak, aku cakap je apa-apa. Kalau dalam mood tatau nak cakap apa, renyeh (senyum) ja laaa walaupun tak cute tara mana pun aih! HAHAHA

Oh, untuk yang 'concern', siap tanya kawan rapat aku lagi 'Mira dah ada bf blom?' Allahamdulillah aku still single. Belum ada bf & tak mencari pun. Boleh la kalau nak isi borang *MATIKLAHHHH*

Hmm apa lagi nak update ni. Life aku samaaaa ja sebab tu tadak benda nak di gebangkan chuolsss. Paham ke tidokkk?

Partime Study - InsyaAllah kalau tadak fail, tahun depan habih la.

Afeef Ali - Mulut makin petah dah macam Garret Popcorn. Masih belum beradik lagi buat masa ni. HAHA

Labuan - Musim winter dah lepas. Sekarang dah masuk summer pulak. Alhamdulillah still lagi sebuah pulau.

Atkins Diet - Still lagi teruskan. Now dalam stage plateau. Start last month dah join class fitness. Weighloss dah kurang tapi more on inchloss.

Tu je kot. 



Small celebration dekat rumah pak uda. Mak buat pulut kuning & rendang ayam.




Masa cuti CNY tu balik kampung. Apa lagi. Makanan wajib la kita baham dulu. Diet cuti sat noh! HAHA


Latest Afeef Ali. Kemain bangun awal pagi sekarang ni. Nak naik vum-vum (motor) katanyaaa. So jadi la rutin si atok bawak cucu yang tak mandi pagi tu ronda-ronda naik motor sebelum pegi keje.

Dah tu je! Jumpa lagi tahun depan. Eh. HAHAHA

August 1, 2012

Aturan Tuhan


Dlm kita cuba mencari kebenaran, kita terkadang akan berjumpa kepalsuan..
Dlm kita cuba mencari ketenangan, kita terkadang akan berjumpa kerumitan..
Dlm kita cuba mencari keaslian, kita terkadang akan berjumpa tiruan..
Dlm kita cuba mencari kegembiraan, kita terkadang akan berjumpa kesedihan..
Dlm kita cuba mencari ketulusan , kita terkadang akan berjumpa keraguan...
Dlm kita cuba mencari kebahagiaan, kita terkadang akan berjumpa ujian..
Dlm kita cuba mencari jawapan, kita terkadang akan berjumpa kekeliruan..
Dlm kita cuba mencari kesempurnaan, kita terkadang akan berjumpa kekurangan..

Begitulah kehidupan, semuanya mengikut Aturan Tuhan Yang Maha Menentukan.

Tetapi....

Dlm kita mencari jalan Tuhan, di situlah letak segala kebahagiaan..

July 24, 2012

Perasaan


Hari-hari cerita pasal diet pun boleh jadi bosan gak kan. Lama tak mengarut dalam blog ni. Ramai yang tanya kenapa suddenly nak diet? Tak ada apa pun cuma saje je nak naikkan confident level dalam diri ni. Then bila nak kerja tu tak de la penat je rasa. Untuk stamina juga kan. Dah kalau badan besar, turun naik tangga pun dah rasa macam lari 10km (ok over la tu!) What else eh? Nak jumpa client pun confident la gak kannn.

Kurus untuk cari pasangan? Hmm.. bab tu memang tak terpikir. Tu dah memang jodoh. Kalau aku kurus macam lidi pun but still tak de jodoh nak buat macam mana kan. Cakap pasal jodoh ni memang takkan habis. Lagi-lagi bila umur dah remaja (erkkk) ni. Tengok la raya nanti, aku ni dah macam kaunter pertanyaan plak. Semua nak dok tanya aku.

‘Kakak nya bila nak kawin? Adik ni dah nak bersalin dah’

Hishhh biaq pi la adik aku dah nak bersalin ka apa ka. Dah rezeki dia kan. Caring sungguh la hangpa ni noh. Awat aku cakap utara ni? Haha

Sebenarnya la kan, soalan typical ni aku dah lali dah. Kalau ikut hati nurani suci murni ni, nak je aku record jawapan aku. So bila dorang tanya je, senang aku play je jawapan apa aku nak.

‘Tak dak ka hang berkenan kat sesiapa?’

Halo cheq. Op kos la aku ada berkenan kat mamat ni tapi nak buat lagu mana kalau dia tak berkenan kat aku. Hangpa boleh dok control-control hati & perasaan orang ka? (tengok. Cakap utara lagi.Hoh)

Macam ni la, setiap orang mesti nak rasa hidup berkeluarga. Siapa tak nak kan? Tapi benda ni semua bukan la terletak pada tangan kita. Kita ni mampu untuk merancang je. ALLAH yang tentukan segalanya. Sama ada aku ni berpeluang jadi seorang isteri ke tak, berpeluang jadi seorang mak ke tak, itu semua dah tertulis. Jadi jangan stresskan hidup dengan benda ni. But yes, sesekali tu rasa la juga stress bila dah tinggal aku je yang belum kawin. Sadis bukan. Tapi takpe, nasib my friends semua sporting. Husband dorang pun sporting. So tak de la terasa sangat terpinggir tu.

Korang semua tau kan yang my sister, Nona dah kawin & she is expecting her first baby in September. Orang semua tanya apa perasaan aku and bila orang dating je majlis dia semua dok pat my back and said ‘xpe, nanti ada la jodoh tu’

What the hell men? Come on la. Ni adik aku punya wedding kot. Setitik zarah pun tak de parasaan cemburu dalam hati ni. Sejujurnya, kalau aku mampu dari segala segi, aku akan buat yang terbaik untuk dia & Fira. Sampai masa kendiru tu pun, aku dok bz lagi dekat dewan. Tak mandi tak hape pon. Mak sampai nak menangis tengok aku. Haha. She is a drama queen u know.

Why? Kenapa aku buat macam tu? Sebab pada aku, seandainya aku tak di takdirkan ada pasangan, sekurang-kurangkan aku dah buat majlis kawin adik-adik aku sehabis baik. Aku anggap yang majlis tu adalah majlis kawin aku. Of coz majlis jadi perfect. Walaupun ada la cacat cela sikit but hey, mana ada majlis yang sempurna.

So, berbalik pada jodoh.  Sangat subjektif.  Tujuan berkahwin tu apa? Nak bersaing ke? Kau pakai Cosry aku plak nak pakai Hatta Dolmat. Contoh je hokkey. Siapa sentap aku lempang. Haha

As for me la kan, walaupun agak klise, aku nak sangat & berharap dapat suami yang boleh bimbing aku. Impian berimam kan suami sendiri dalam setiap solat, ajar aku segala-gala pasal hukum hakam Islam & segala-galanya. Macam dalam drama sangat kan but that is what I want. Pengalaman bercinta sebelum ni banyak mengajar aku. Aku takkan cerita pasal tu. Dorang semua pun dah bahagia dengan hidup masing-masing.

Sebenarnya apa yang aku cari? Entah la. Aku pun tak tau. 3 tahun hidup sendiri buat aku belum terbuka nak ada pasangan. Sebenarnya tak de sape pun yg approach. Hahaha. Well well well. Kualiti lelaki yang aku perlukan still lagi belum jumpa. Macam la aku ni berkualiti sangat kan. Haktuii. Haha. Sebab tu la aku cakap benda ni subjektif. Kau suka dia tapi dia suka kau. Dia suka kau tapi kau tak suka dia. Haaa tak ke haru. Tapi kalau ada jodoh tu, smooth je perjalanan tu. Kau suka aku, aku suka kau. Dah jom kawin. Macam tu la contoh dia. Aku tak nak kawin for the sake orang lain kawin, aku pun mesti kawin. Nanti rumah tangga yang huru-hara.

Siapa tak nak nama dia bertukar status kan. Puan Nur Amirah.  Semua pun nak tapi sekali lagi ini bukan kuasa kita. Jadi dari asyik bertanya ‘bila nak kawin’ baik doakan supaya dapat bertemu jodoh yang baik.

Kan dah mengarut. Asal cerita pasal lain dah cerita pasal jodoh plak. Haha.

Lastly,
Mak, seandainya  Allah takdirkan kaklong untuk hidup sorang, mak tolong jangan sedih. Kaklong happy & redha dengan semua ni. Betul, mulut senang untuk senyum & berkata ‘its ok’ tapi hati siapa yang tau kan.  Jujur kaklong cakap, tengok adik-adik bahagia dengan anak-anak & suami masing-masing cukup buat kaklong happy. InsyaAllah, kalau itu takdirNya, Dia ada planning yang lebih baik untuk kaklong. Jangan runsing pasal jodoh kaklong ye. Hoho.

‘’ Seandainya aku ditakdirkan untuk tidak mempunyai pasangan, sekurang-kurangnya aku pernah bercita-cita untuk menjadi seorang zaujah yang solehah untuk sang zauj. Sekiranya aku ditakdirkan untuk tidak mempunyai zuriat, sekurang-kurangnya aku pernah bercita-cita untuk melahirkan zuriat yang soleh & solehah untuk sang zauj yang dikasihi. Seandainya aku ditakdirkan untuk tidak bersama mu, sekurang-kurangya aku pernah bercita-cita untuk menjadikan mu zauj pilihan hatiku berlandaskan jalan Allah ‘’ – Amirah Azhar, 24 Julai 2012

Buat sang zauj,
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana.

Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah.

Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan ku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku.

Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.

Biar tak bertemu di alam fana, moga bertemu di Jannatul Firdausi. Amin

2.40pm, 24 Julai 2012

April 19, 2012

Sebulan di pulau

Lamaaaaaa nya tak update!!
Sekali update tajuk dah ala-ala berdebar plak kan.
Sebulan di pulau? Huuuuuuu.. Sedih kan?

Tapi jangan risau, setakat ni iols belum dipulaukan lagi. Kawan-kawan semua sayang kan iols. Bahahahaha.

Alright. Back to our business. 

Sebenarnya semalam dah genap sebulan aku duduk dekat Labuan. Labuan? Ye, Wilayah Persekutuan Labuan. Jauh betul aku merantau untuk cari rezeki. Dah nak buat macam mana kan, tu yang dah ditakdirkan Allah. Dengan senang hati aku terima. Lagipun memang aku ni suka merantau. Kenal-kenal org baru, budaya baru, bahasa baru dan BF baru. Eh! Haha. Soalan yang sangat cepu emas. Sangat berdebar aku bila org tanya bab bila kawin tu. Heeeee.



So, 19 Mac 2012 terbang la aku ke tempat yang dah di tetapkan. Berkecamuk rasanya. Excited ada, takut ada,nak nangis ada. But as usual la kan, ahkak tetap maintain! Tapi bila lambai dekat mak & ayah dkt LCCT tu, sangat rasa sedih ok! Sumpah tak tipu. Sebab teringat atok. Masa pegi Scotland dulu, lambai mcm tu la gak. Semua ada. Tapi lepas balik 2 bulan, atok meninggal. 2nd reason plak. lepas atok meninggal, ni la first time aku tinggalkan mak sorg-sorg dekat rumah. Ye la, sbelum ni kan aku ni penganggur tegar. Tapi im happy sebab dapat spend masa dengan mak & ayah.

Semua feeling tu bercampur. Memang lepas lambai mak tu, dah tak pandang belakang dah. Kuat, kena kuat. So lepas 2jam 30min naik flight yang ditaja oleh syarikat (harus tu nak bagitau flight kena sponser. Haha), sampai la aku kat sini.


Sampai je airport, amek bag aku yang besar gedabak tu than terus la cari driver yang dah ditugaskan amek aku. Kelasssss kan ada driver? Bahahahahaha. Pastu terus la pegi report duty, buat check up, amek barang-barang & last skali dorg hantar ke staff house. Buat bulan pertama ni, staff baru dapat duduk staff house. Lepas sebulan tu pandai-pandai la kau cari rumah kan. Jangan sampai kena sepak bontot plak. Haha.

This was my first time in Labuan. Flight transit x dikirakan? Ye la, bukannya aku dapat jejak tanah Labuan pun. Haha. So far, Labuan ok. A small town. Peaceful. Aktiviti malam tak de apa pun melainkan untuk ke pub je la. Dekat sini pukul 10pm aku dah tido dah. Office hour start pukul 7.30am-4.30pm

Tiap minggu aku akan ke Kota Kinabalu sebab adalah la sebabnya kan. Haha. Jadi apa transport ke sana? Flight? Adaaa tapi mahal la kan. Feri? Adaaa tapi limited time. Jadi aku naik la ini..



Speed boat!! Yang terjungkit tu. Hahaha. Pengalaman yang sangat sangat berharga. Kalau atok ada lagi ni memang tak senang duduk orang tua tu. Bayar RM15 dalam masa 15min-20min, sampai la ke Menumbok. Pastu naik la teksi dalam 2jam 30min untuk ke KK. 

Aku sebenarnya bangga sebab dipilih untuk belajar hidup susah & berdikari. Tak semua boleh tahan ulang-alik naik transport macam ni. Yang paling tak boleh nak lupa, masa tu dari Menumbok nak ke Labuan. Ombak besar sebab baru lepas hujan. Ya allah, melompat-lompat bot aku. Mengucap tak habis-habis. Bila-bila masa je kalau Allah nak tarik nyawa pun dia dia boleh. Pengalaman lain pulak, tengah-tengah laut boleh pulak boat aku habis minyak. Tak ke kerja gila tu? Haha. Tunggu la pulak boat lain hantar minyak. Nasib coverage ada, kalau tak wassalam je la jawab nya.

Sekarang ni alhamdulillah, aku dah dapat rumah sewa yang dekat je dengan tempat keje. Walking distance je. Kena pandai jimat duit, so nanti bila balik KL adalah savingnya kan. Nak kawin pun senang dah. Eh. Haha. Orang-orang sini best, baik-baik semuanya. Yang paling penting dapat belajar suku kata baru. Hehe. Lain dari bahasa sabah sebab dorg ni ada campuran Brunei. Oh oh, nak pegi Brunei pun boleh. Naik feri je. Hebatkan? Hehehe.

Jadi harap-harap sangat la aku dapat kekal lama dekat company ni. InsyaAllah. Doakan yang terbaik.

p/s : Annual Leave saya 21hari. Hihihi.

June 7, 2011

Aku tak suka!

Tahun ni ramai pulak kawan-kawan yang kawin. Adik pun kawin hujung tahun. Huhu. Aku pulak yang x tau bila. Ada aku kesah? Korg je yang kesah. Haha.Chill der, gua x kisah pun bila gua nk kawin. Ada ubi ada batas, ada budi boleh balas. Eh, salah pantun! Haha.


Korang ingat senang ke cari lelaki yg sesuai dengan jiwa aku *bajet hot. Aku ni cepat geli la bila tengok jantan-jantan poyo ni. Contoh, cakap HP kuat-kuat pastu cerita pasal projek juta-juta kau. Ada aku kesah ke? Geli doh! Lek-lek sudah. Dah tu masuk KLCC pakai shades. Kau gila ke hapa pakai shades dalam shopping mall. Meh sini aku patah-patahkan shades uptown kau tu.


Then ada plak yg pakai tshirt kolar ternaik, bukak butang, pakai rantai naga la daun ganja la. Rasa macam nak meninggal je tengok laki macam ni. Kalau ditakdir kan aku jalan sebelah laki mcm ni, pinjam plastik sampah boleh x kak kiah, nk buat sarung muka. Huhu.


Pastu yang bawak DSLR ke hulu ke hilir gaya acah-acah photographer. Abg photographer pun aku tgk dorg simpan DSLR dorg dlm bag, bukan sangkut kat leher. Bala bala. Kang dah habis trend, tah mana-mana ntah korg campak benda tu. Ye la, kan beli DSLR guna duit PTPTN.


Lagi, tak yah jiwang-jiwang sangat dgn aku boleh? Kak melah ni jiwa kental, x main la leleh-leleh ni. Romantik kasar-kasar ok la. Comel apa. Haha. Teringat ada mamat ni ajak aku dating tapi suruh aku pakai baju kurung. Kalau nak ajak g kenduri kawin tu xpe la, ni ajak aku g puduraya teman dia naik bas. Hamsua sgt kan kau! Saja nak memalukan akak!


Dah tu bila 1st time cakap phone dgn aku, xyah la nak tanya aku pakai baju tidur apa, tengah peluk bantal ke & yang paling xleh blah, jgn la tny aku pakai bra saiz apa! Gila apa kau ni. Aku x suka ah! First impression kau dh bikin spoil. Lagi satu aku memang paling benci bila tgk jantan teman gf/bini dia g pilih underware. Tapi kalau bini tu boleh la di terima gak, tapi kalau ada org lain kat area tu, kau blah la. Ni x, dia sama sebok pilih kaler apa, corak apa, eeee!! Nak je aku serkup kan muka kau dgn spender XXL. Ayah aku pun x pernah menyebok bila bini dia & anak-anak nk g beli underware. Tolong la jangan jadi laki macam ni. Pompuan pun sama, jgn nk gedik2 sgt boleh? 


Huh! Emosi naga sangat aku bila cakap pasal topic ni. Haha. Kita sambung lagi.


Buat lelaki yg nk bergaya ala-ala exec tu, xyah la nak berlagak sangat guna iPad dalam wayang bang oi. Tengok plak cerita Nur Kasih The Movie. Tak KL la mcm tu. Hahahaha. Lastly, buat setakat ni la. Haha. Kau xyah la nak bangga sangat kalau kau tu join 3 line. Benci doh! Abang long sana, Ayahanda sini. Cait porahh. Aku ni KAK LONG ada aku kecoh ke? Tak kannnn. Hujung bulan je nak g Kedah, ada meeting dgn Ayahanda katanya. Gitu! Tu la, byk sangat tengok drama melayu la ni. Acah-acah gengster sgt kan!


Dan apa yang aku suka, lelaki yang cool. Cukup dgn pakai tshirt & shorts. Plus sandal. Ngam dah tu. Dan yang pandai sesuai kan diri dgn keadaan. Kalau kau g pasar malam pakai shades & bawak iPad mmg la nak kena. Haha. Kau nk g pasar malam ke nak g meeting. Mmg semua tu xsalah tapi sila la sesuai kan dengan keadaan. Sila la jadi jantan cool & rilex. Tak yah nak LV sgt. Tak yah nak my dad & my mum ajak i g holiday kat Paris, i tgh pk ni nak g ke x. Bullshit sgt kau ni! Cuba buat biasa, lepak pun kat mamak, dressing pun biasa-biasa, skali pakai kete Jaguar. Yg tu mmg la mak teruja. Haha. 


Eh eh. Panjang la plak cerita kali ni. Nanti esok-esok sambung lagi eh. Tata

January 21, 2011

Sedih :(

Hati ku sedang meronta-ronta menangis & meraung.


Semua gara-gara videoclip ni




Kenapa sedih? 


Hmm.. Panjang ceritanya & complicated ceritanya. Tapi tak nak dah kenang benda lama. Hidup ni kena move on. 


Tapi.. Satu pengajaran yang saya dapat, '' Hargai apa yang ada depan mata kita ''


Allah dah bagi saya peluang untuk belajar dekat sini. Universiti yang saya memang saya idam-idamkan dari Tingkatan 1 lagi. Walaupun saya tak pandai mengaji atau berbahasa arab. Tapi sayang, semuanya di sia-siakan. Cepat mengalah. Cepat putus asa. 


Tapi nak buat macam mana. Benda dah jadi. Tak pernah sedetik pun aku lupa saat bergelar mahasiswa UIA. Kad matrik ku tenung. Bag Ta'aruf ku pandang. Wajah bangga mak ayah sering terbayang-bayang. Tshirt UIA yang dulunya xpernah ku pakai tapi kini menjadi baju kebanggan ku. Memori pahit manis semua berlegar-legar. YA ALLAH, semua nikmat tu telah kau tarik balik. Aku xpernah bersyukur. Ampunkan aku. 


Memang. Manusia mudah lupa. Lalai dengan segala nikmat. Angguh dengan segala kejayaan. Lupa untuk bersyukur.


Tapi..


'' Dalam diam, satu azam telah ku buat. Hanya aku yang tau apa. Impian lama yang xkan ku biar jadi impian semata-mata. Hanya doa yang menjadi pengiring setia. ''


Mode : Sangat emotional :(

January 11, 2011

11.1.11

Cantik date ni. Tapi sayang, xde apa-apa occasion pon yang jadi time ni. Biarlah ia berlalu pergi begitu saja.


HAHA. Jiwang siot.


Tak de apa pon yang nak cerita sebenarnya cuma mcm saja je nak ada entry date ni. haha. sadis.


Korang ingat tak lagu & cerita ni?




Rugi besar kalau xpernah tengok cerita ni. Memang syok. Budak-budak dalam cerita ni SUPER DUPER CUTE. Rasa macam nak ada anak sendiri je. Opss, naluri keibuan ku dah sampai ke? Haha.


Layan cerita ni kat Youtube memang menceriakan hari ku. BEST!

January 8, 2011

Happy 1 Week New Year



Happy New Year & Selamat Menyambut Tahun 2011 to all.


Lambat 7 hari je. Hehe. Bila masuk tahun baru je semua mesti sebok nk buat azam tu la, azam ni la kan. 


Azam new year yang paling femes skali ialaaaaah : NAK DIET


Haha. Dulu rajin gak buat resolution macam tu tapi paling lama pun sebulan je yang tahan. Kena masak lemak cili api rebung, memang fail diet aku!


Untuk tahun baru ni, im unofficially 26. Bila umur dah sampai tahap macam ni, banyak benda yang kena pikir. Macam-macam la. 


Jadi untuk tahun baru ni, Nur Amirah Azhar sangat berharap agar hidupnya & keluarga di redhai oleh Allah SWT.


Kalau ikut nafsu manusia, macam-macam kita nak kan. Tapi bila pikir balik, hidaup dalam keredhaan Allah tu kunci pada semua kesenangan yang ada.


Kalau hidup saya di redhai, InsyaAllah saya tabah untuk tempuh segala onak duri ranjau (wah ayat!). Allah kalau sayang kita, Dia kena uji kita. Kan?


Dan kalau family kita pun dalam keredhaan Allah, of coz la kita pun happy skali kan. Ke ada yang jeles kalau adik beradik dia lebih bahagia dari dia? Jangan macam tu, not good (nada suara macam cakap dgn budak umur 5 tahun).


Ini saya belajar dengan datuk saya. Dulu hidup dorang sekeluarga susah. So datuk saya ni anak lelaki sulung, of coz la tanggungjawab tu macam besar jugak kan. Eh, datuk saya kembar tau :) Harap-harap la nnt saya dpt anak kembar. Haha. (eh, lari topik)


Pendek kan cerita, tiap kali lepas solat, atok mesti doa supaya adik-adik dia hidup lebih senang dari dia. Mula-mula tu macam pelik. 


'' Kenapa plak atok? Atok xnak ke lagi kaya dari dorg?'', si cucu (saya la tu!) bertanya


'' Tak payah la kaya, asal kan cukup makan pakai & tak merempat pun dah cukup bagus. Kalau adik-adik atok hidup senang dari atok, nanti mesti dorg x menyusahkan atok,kan?'', si atok menjawab dengan gigi palsunya.


HAHA baik punya alasan.


Atok sambung lagi..


'' Hidup datuk ni susah. Nak kena jaga mak ayah,adik-adik. So kalau dorg berjaya, hidup dorg senang. Sebab kalau hidup dia susah, mesti dia mintak tolong dekat atok kan. Atok ni keje cikgu je. Banyak mana sangat gaji cikgu. Jadi kalau atok x dapat nak tolong dorang nanti,lagi atok sedih. Atok cuma mintak dorg ingat pengorbanan atok. Tu je yang atok mintak '', explain atok lagi.


Hmm... Make sense jugak..


Start dari hari tu, saya buat yang sama macam mana atok buat untuk adik-adik dia. Saya doa untuk adik-adik saya. Saya happy kalau dorang berjaya. Sebab kalau dorang berjaya, mesti mak ayah saya happy. Tu je yang saya nak sebenarnya. Kebahagiaan mak & ayah.


Alhamdulillah, setakat ni adik-adik saya lebih berjaya dari saya & membuatkan saya juga happy :)


Kalau boleh saya nak yang terbaik untuk adik-adik saya. Sebab saya sayang dorang.


Tapi kalau time bergaduh tu, tarik-tarik rambut tu jangan cerita la. Haha. Lempang sana lempang sini. Jerit sana jerit sini. Dah macam kerasukan. Bila ingat balik time ktorg bergaduh, memang nak ketawa. Lawak.


Sekarang ni masing-masing dah besar dan tak lama lagi semua nak mulakan hidup baru dengan pasangan masing-masing. (opss, yg bongsu je lambat lagi..haha)


So, wish u all the best adik-adik ku sayang.




Mode : Saya sayang family saya!

December 9, 2010

Be STRONG!!

I just dont know what to say or what to do right now.


It just that.. i dont know!


Berselirat benda dalam otak ni. 


Benda yang terperap dalam hati & perasaan ni makin bertambah-tambah.


Cuma tadi xtau nak buat apa, godek-godek la youtube. Tengok make up tutorial la, cake decorating la, itu la, ini la. Pastu tetiba macam '' Nak dengar la lagu Maher Zain. Xpenah dgr ''


Ok. Pernah dengar tapi gitu-gitu je.


Oh dem! Xleh blah dengan lirik dia. Tahan-tahan, jangan nangis!!






Every time
You feel like you cannot go on
You feel so lost and that you're so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless you can't see which way to go
Don't despair
And never lose hope
'Cause Allah is always by your side

Chorus:
Insha Allah
Insha Allah
Insha Allah
You'll find your way

Every time
You commit one more mistake
You feel you can't repent and that it's way too late
You're so confused
Wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full shame
But don't despair
And never lose hope
Coz Allah is always by your side

Chorus

Turn to Allah
He's never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Ya Allah
Guide my steps, don't let me go astray
You're the only one who can show me the way
Show me the way
Show me the way
Show me the way

InshaAllah
InshaAllah
InshaAllah
We'll find the way



Lirik dia macam kena sebijik sebadak dengan situasi aku skang ni. Bukan sebab Maher Zain. Tapi sebab...ntah!


Ada satu-satu masa kadang-kadang kita xleh nak luahkan apa benda yang terbuku. Tak yah la nak cerita kat orang lain. Bikin semak je. Kalau menolong xpe, ni kalau menambah lagi masalah, memang bikin panassss...


Pikir tu, pikir ni. Sesak otak. Semput nafas. Sakit dada. Sebak.
Nice combination!


Solusi nya?


InsyaAllah, i will find my way. (yang aku sendiri x dapat nak pikir & bayangkan!)


Ya Allah, susahnya hidup jadi Nur Amirah ni. 


Teringat masa borak-borak dengan kawan dulu. Dia penah cakap ' You dont have to worry that much, bola yang jatuh paling bawah, bola tu jugak la yang akan bounce paling tinggi '


Ok. Shut up, Ganesh! Sebak je rasa bila dia ckp macam tu. Terkeluar sikit harapan & semangat bila dia cakap macam tu. Tak tau jauh mana lagi la 'bola' aku nak jatuh. Bila dia nak melantun balik ni? Ke 'bola' aku ni jenis xleh melantun?


InsyaAllah, i will find my way.






Argghhhhh...... Keep me stronger day by day!!

November 24, 2010

~ No tittle for this post ~


'' Long, duit cukup x? Duit untuk nak makan ada x? Kalau xde nanti mak suruh ayah masukkan duit ''

Seminggu lepas tu..

'' Long, ayah dah masukkan duit dah. Jimat-jimat ye. Duit yang ayah masukkan tu untuk beli makanan tau. Jgn tahan-tahan kalau nak makan apa. Mak xnak kak long sakit ''

Dua minggu lepas tu..

'' Long, duit ada lagi tak? Kalau xde nanti mak masukkan. Kalau kak long nak pegi blaja partime class, x cukup duit nanti mak tambah''

Sedih sangat rasa bila mak tanya macam tu. Sampai jauh kat sini pon tetap gak risau pasal perut anak dia ni. Huhu

Lagi 2 bulan,i'm turning 26 tapi mak ayah still lagi bagi duit. Rasa macam such a loser. Bila la agaknya dapat jadi macam orang lain yang dah kerja, dapat bagi mak ayah duit tiap-tiap bulan. 

Mak.. Ayah.. Sorry, kak long xdapat nak jadi macam anak orang lain yang dapat bg mak ayah duit tiap-tiap bulan. Kak long cuma boleh doakan kesejahteraan mak & ayah je tiap kali lepas solat.

Tiap kali mak tanya pasal duit ada ke tak, memamg akan jawab ada je. Terbayang buku akaun Tabung Haji mak yang dah tinggal berapa tu. Hmm..

Tu la, dah dapat keje elok-elok, g berenti pulak kenapa.. Isyhhh... Tapi lagi tenang hidup ni bila dapat duduk dekat rumah dengan mak. Baring-baring dengan mak, jalan-jalan cari makan dengan mak, bergaduh dengan mak, merajuk dengan mak, bertekak dengan mak, macam-macam la.. Lagi tenang dari balik ofis pukul 9mlm tapi tak ada sesiapa pun hargai apa yang kita buat.

Cuma kepuasan untuk pegang duit sendiri tu xde la.. Hmm.. Allah tau mana yang terbaik untuk hamba Nya ni.. 

Tapi yang peliknya, se-loser-an aku ni pun, ada gak yang nak dengki dengan aku. Come on laa... Buang masa je nak dengki-dengki dengan orang yang xde apa-apa ni.. Tapi kalau kau dengki sebab kau xde parent macam aku ni, memang kau patut la dengki dgn aku ni.. Haha..

Mak ayah, thanks for everything. Sampai mati pun kak long xdapat nak balas jasa mak & ayah.. Thanks sebab dapat terima kekurangan anak sulung yang sepatutnya jadi harapan(harapan ke? haha) ni.

Ya allah ya tuhan ku, kau lindungilah Mak & Ayah dari segala kejahatan manusia. Kau berkatilah hidup mereka, Ya Allah. Ampunkan dosa-dosa mereka sebagaimana mereka ampunkan dosa-dosaku.. Amin ya rabbal alamin.


 Mak & Ayah

Ayah + Mak + Anak yang sehat


Mode : Ber-jiwang-an sebentar bersama Kit Kat!

October 5, 2010

Freemason dan Illuminati

Woohooo.... Berdebar tak baca tajuk ni? Dah lama tak updated skali tiba-tiba update nak cerita pasal Freemason plak.. Haha..

No lah.. Actually saya pon xtau sangat pasal benda ni.. Just tau gitu-gitu je.. Tak tau la kenapa saya ni sangat la suka benda-benda or cerita-cerita yg mcm ala-ala konspirasi ni.. Hehe.. Mcm cerita Angle & Demon, Constantine, macam-macam lagi la.. Rasanya sebab ke'penganggur'an saya ni yang buat kan saya ada BANYAAAAAAAAAAAK masa terluang nak layan konspirasi-konspirasi ni.. Haha..

So berbalik pada tajuk di atas,siapa yg nak tau pasal Freemason & Illuminati leh rujuk kat SINI ye.. Lengkap dah dia explain.. Hmm, nak cakap lebih-lebih pun saya pon bukannya arif sangat pasal benda-benda ni. Setakat baca pastu excited sorang-sorang boleh la.. Huhu.. 

Asal nya saya dapat email pasal 'Lady Gaga & Illuminati', lepas baca tu la yang macam teruja sket nak tau apa benda Freemason & Illuminati ni sebenarnya.. Kebetulan plak tadi ada kawan-kawan yang share link vclip "Dunia Akhir Zaman" 


Korang nak tengok?





ni part 2 plak..



Jeng jeng jeng.. Apa uolss rasa/feeling/perasaan lepas tengok vclip ni? 


Ye la, selama ni kita belajar Sejarah kat skolah kan pasal benda-benda ni.. Bersungguh-sungguh tu siap buat 'nota kaki' segala.. Haha.. Last-last dapat gak credit untuk SPM Sejarah.. Jadi laaa,Labu!


Oh oh.. Sebelum nak cakap apa-apa pasal Teori ni, baca INI dulu.. Tu adalah panduan untuk kita memahami ilmu konspirasi. 


Saya ni sebenarnya nak share je apa yang meng'eksited'kan saya walaupun tajuk FREEMASON ni sangaaaaat la HOT!! Jangan marah-marah or kecam saya ye.. Aww.. Saya takut.. Huhu..


Lagi satu, sapa penah tengok 'The Arrivals'?
Belum?
Cerita pasal apa?


Meh tengok sini.. Ketibaan Dajjal..




Tu intro je.. Kalau uolss minat, sila lah continue tengok episode yang seterusnyaaa... Hihi..


Ok la, untuk meredakan keadaan, meh la tengok pic ai yang dah kurus sket.. Dah ada cutting uolss... Haha..


Hihi.. Abaikan muka yang macam tah hape hape tu..


Hokkey la uolss, nak sambung tengok 'The Arrivals' ni.. Tadaa...


Mode : Eksited.. Haha

September 6, 2010

Aku dan Atok - Part 1

Waktu kejadian - Ahad, 11.05pm
Lokasi kejadian - Dkt hall umh, dpn tv


Sambil2 tgh tunggu cerita CSI-Las Vegas kat channel AXN, Astro pon tunjuk la video clip lagu2 sekadar utk memenuhi masa terluang. Skali dorg plak tunjuk video clip lagu ni... 


maka terjadilah perbualan ni..


Atok : Atok sula la lau ni.. (sambil amek remote tv pastu kuatkan suara tu sket..)
Saya : Ohhh... (dlm hati ni.. leh tahan gak atok aku ni..huhu)
Atok : Pompuan ni omputeh ke? (merujuk kpd shakira)
Saya : Haah.. dia ni american latin,tok.. (huhu..main blasah je aku!)
Atok : Cantik tarian dia dorg ni, dh mcm tarian org africa dh..
Saya : Dorg mmg ikut tarian africa pon,tok.. Kan world cup baru2 ni kat sana..
Atok : ooo....


Tiba bab corus..


Atok : Apa dia ckp? Marobukka?
Saya : ehhhh... tak laa... 'This time for Africa' la tok.. (byk la dia pny marobukka.. dh mcm soklan dlm kubur plak dah.. hahaha)
Atok : Apa? (xpaham la tu apa ai ckp..huhu)
Saya : Thissss timmmeee forrrr africaaaaaaaa (sambil sebut satu-satu)
Atok : Ooo... Atok suka btol la lagu ni..


Sekian. Dah habisss...


Hahahahaha.... Klaka x? Tak eh? For me mmg dh klaka abes dh tu.. Byk lg cerita2 klaka pasal atok.. Nnt ai update satu-satu ye.. Hua hua hua..


Pssttt : Fav cerita dia ' Miami Ink '. Sabo je laa... Haha..


Ni atok saya..
Ni masa ai dgn atok g mkn kat Cheng Ho

Ni masa my convo kat Politeknik KK, Sabah.. 

Besar kan telinga my datuk? Hahaha.. Cakap kuat-kuat dgn dia mmg xdgr.. Tp kalau ckp bisik-bisik dia dgr la plak.. Ajaib!! 

Nama : Mohd Ali bin Mohd Nor
Umur : 83 thn 
Pekerjaan : Cikgu besar aka Guru besar

Ok la uolss... Tu je wat masa ni cerita pasal saya & atok.. Cheers!!

Mode : Tak sehat sbb demam.. huhu

August 31, 2010

Aku, Kita, Kau VS Ramadhan

Ini adalah entry yg penuh keinsafan ye.. (sejuk perut mak mengandungkan ai..hehe)


Pejam celik pejam celik kejap je dah tinggal 10 Ramadhan.. Tak lama lagi bulan yg penuh keberkatan ni nk tinggal kan kita.. Tahun dpn plak lagi 'dia' dtg. Tp confirm ke tahun dpn kita still idup lagi or dah kat dlm tanah? Erm.. *wondering* 

Selalunya sebelum Ramadhan dtg, kita mst ada azam kan, So apa agaknya azam kita-kita ni ek?

1. Nak jual kuih/kukis/baju lagi byk dr tahun-tahun sebelumnya
2. Nk berbuka dkt tempat-tempat yg blom lg pegi last year
3. Nk g smyng terawih dkt lain-lain msjd
4. Nk g sedekah kat umh anak-anak yatim (bln ramadhan je baru umh2 ni ada org dtg)
5. Nk try bazaar ramadhan yg baru plak

Semua ni mmg xsalah, sgt xsalah.. Kita ni manusia biasa, mesti pny la ada nafsu & keinginan. Tp pernah x kita anggap bulan Ramadhan ni antara bln yg paling mulia? Mungkin ya tp kita xpernah melayan 'dia' sebaik mungkin. Oh, saya bkn nk berceramah mcm Ustzh Siti Norbayah ye, cuma ni sekadar pandangan je. Harap Maklum. Huhu.. Jgn la nyampah plak lpas ni.. 

Kdg2 bila tgk budak-budak kecik yg berlari-lari nk g smyg terawih, tiba-tiba teringat zaman pra matang tu. Lepas waktu buka je semangat terus pakai telekung nak ajak mak g masjid. Seronok rasanya. Tp lepas zaman muda mudi plak muncul, lain plak jadinya. Tiap-tiap kali Ramadhan ada je plan nk buka sana sini dgn org tu org ni. Balik rumah pulak dah pukul 10mlm, mandi & tido. Mlm yg gila berkat tu ilang mcm tu je sbb dh penat makan buffet. Kenyang perut suka hati.. Hoho.. Padahal hari lain bulan lain boleh je g makan-makan kan.. Haih, mcm mana ye nak buat.. 

Nanti bila agak2 dah tua baru nak cari mesjid.. Huhu.. Time tu jalan pon dh pakai tongkat, mata pon dh rabun nk mengaji quran.. Saya bkn nk perasan bagus ye bila buat entry mcm ni, cik cik puan puan.. Tp cuma benda ni dtg secara 'POP' je kat kepala ni ha.. Saya sedar sape la saya ni.. (dh emosi la plak..haha) Ngaji pon xpandai, ketawa pon mcm pontianak (mak yg ckp mcm tu..), pakai baju pon ketat-ketat (sbnrnya baju tu besar tp sbb sy gemuk npk baju tu ketat la..huhu), & byk lagi la benda b'dosa yg saya buat.. Huhu.. Tu xtermasuk benda yg ari-ari ai buat.. Melawan mak ayah la uolls!!! Bila pk-pk la kan, sempat ke nak betobat ni? Dibuatnya kojol esok x ke nayaa.. Ah sudah!! 

Tapi sesuatu yg pasti, Allah xpilih org utk dia bg hidayah. Sesiapa pon kalau DIA nak bg, dia boleh bagi. Yg penting bila kita dah dpt, kita kena jaga elok-elok jgn sampai Allah tarik balik hidayah tu. Wah,muslimah plak ari ni eh.. Huhu.. But its true kan.. 

So semperna bulan mulia ni, ada something yg sy nak share dgn uolss semua.. Taken from Ustaz Pahrol's blog (klik sini )



Ramadan ini akan pergi
Namun yang pergi hanya giliran purnama
Bukan rasa dan maknanya
Semuga semuanya masih… di jiwa
yang sentiasa merindui
barakah dan maghfirahnya
(Apakah roh Ramadan ini
akan terus menerangi
… bulan-bulan seterusnya?)
Nanti Syawal bertamu jua
Bersama wajah seindah fitrah
Tasbih, tahmid dan takbir pun diucapkan
Meraikan satu kemenangan
di satu peperangan…
di dalam diri
(Apakah kita berjaya?
atau sekadar menumpang gembira…
di pinggiran kebesaran-Nya?)
Ramadan dan Syawal akan pergi
silih berganti masa
Dan kita bagaimana?
Masih di pelabuhan alpa?
Masih di dermaga dosa?
Dan bahtera kita terus kelelahan
..dihempas ombak keresahan
(Akan tiba saatnya
Ketika Ramadan dan Syawal datang jua
Tapi kita telah tiada…
untuk menyambutnya!)



Selamat menghabiskan sisa-sisa Ramadhan ini dgn penuh berkat & sempurna. Amin.


Mode : Ala-ala Ustz Siti Norbayah.. =)