Pages

January 8, 2011

Happy 1 Week New Year



Happy New Year & Selamat Menyambut Tahun 2011 to all.


Lambat 7 hari je. Hehe. Bila masuk tahun baru je semua mesti sebok nk buat azam tu la, azam ni la kan. 


Azam new year yang paling femes skali ialaaaaah : NAK DIET


Haha. Dulu rajin gak buat resolution macam tu tapi paling lama pun sebulan je yang tahan. Kena masak lemak cili api rebung, memang fail diet aku!


Untuk tahun baru ni, im unofficially 26. Bila umur dah sampai tahap macam ni, banyak benda yang kena pikir. Macam-macam la. 


Jadi untuk tahun baru ni, Nur Amirah Azhar sangat berharap agar hidupnya & keluarga di redhai oleh Allah SWT.


Kalau ikut nafsu manusia, macam-macam kita nak kan. Tapi bila pikir balik, hidaup dalam keredhaan Allah tu kunci pada semua kesenangan yang ada.


Kalau hidup saya di redhai, InsyaAllah saya tabah untuk tempuh segala onak duri ranjau (wah ayat!). Allah kalau sayang kita, Dia kena uji kita. Kan?


Dan kalau family kita pun dalam keredhaan Allah, of coz la kita pun happy skali kan. Ke ada yang jeles kalau adik beradik dia lebih bahagia dari dia? Jangan macam tu, not good (nada suara macam cakap dgn budak umur 5 tahun).


Ini saya belajar dengan datuk saya. Dulu hidup dorang sekeluarga susah. So datuk saya ni anak lelaki sulung, of coz la tanggungjawab tu macam besar jugak kan. Eh, datuk saya kembar tau :) Harap-harap la nnt saya dpt anak kembar. Haha. (eh, lari topik)


Pendek kan cerita, tiap kali lepas solat, atok mesti doa supaya adik-adik dia hidup lebih senang dari dia. Mula-mula tu macam pelik. 


'' Kenapa plak atok? Atok xnak ke lagi kaya dari dorg?'', si cucu (saya la tu!) bertanya


'' Tak payah la kaya, asal kan cukup makan pakai & tak merempat pun dah cukup bagus. Kalau adik-adik atok hidup senang dari atok, nanti mesti dorg x menyusahkan atok,kan?'', si atok menjawab dengan gigi palsunya.


HAHA baik punya alasan.


Atok sambung lagi..


'' Hidup datuk ni susah. Nak kena jaga mak ayah,adik-adik. So kalau dorg berjaya, hidup dorg senang. Sebab kalau hidup dia susah, mesti dia mintak tolong dekat atok kan. Atok ni keje cikgu je. Banyak mana sangat gaji cikgu. Jadi kalau atok x dapat nak tolong dorang nanti,lagi atok sedih. Atok cuma mintak dorg ingat pengorbanan atok. Tu je yang atok mintak '', explain atok lagi.


Hmm... Make sense jugak..


Start dari hari tu, saya buat yang sama macam mana atok buat untuk adik-adik dia. Saya doa untuk adik-adik saya. Saya happy kalau dorang berjaya. Sebab kalau dorang berjaya, mesti mak ayah saya happy. Tu je yang saya nak sebenarnya. Kebahagiaan mak & ayah.


Alhamdulillah, setakat ni adik-adik saya lebih berjaya dari saya & membuatkan saya juga happy :)


Kalau boleh saya nak yang terbaik untuk adik-adik saya. Sebab saya sayang dorang.


Tapi kalau time bergaduh tu, tarik-tarik rambut tu jangan cerita la. Haha. Lempang sana lempang sini. Jerit sana jerit sini. Dah macam kerasukan. Bila ingat balik time ktorg bergaduh, memang nak ketawa. Lawak.


Sekarang ni masing-masing dah besar dan tak lama lagi semua nak mulakan hidup baru dengan pasangan masing-masing. (opss, yg bongsu je lambat lagi..haha)


So, wish u all the best adik-adik ku sayang.




Mode : Saya sayang family saya!

1 comment:

iza.rahman said...

happy new year mira darling! :)