Pages

January 12, 2011

Tiramisu

Mari buat tiramisu. Hoho.


Dah jadi & dah rasa baru boleh share resepi. Kalau xjadi, kem salam je la eh. Haha.


Sexy tak tiramisu i? 

Resepi ni dapat dari Busu Liza tersayang. Selama ni kalau nak makan, suruh dia je la yang buat. Tapi memandangkan dah duduk jauh di perantauan, terpaksa la mintak resepi. Huhu. Busu plak dapa resepi dari jiran depan rumah dia. Bagus kan sharing-sharing resepi. Bukan boleh bawak mati pon kalau jadi pelokek resepi. Duhh.. 

Tiramisu sedap
Resepi dari : My beloved Busu Liza

Bahan-bahan:

2 bekas/buku Mascarpone cheese (sy guna cap Tesco
Whipping cream 1 kotak kecil (sy guna 1 tube,cap Tesco)
2 kuning telur 
Gula - xde sukatan yang betul, ikut tahap kemanisan masing-masing
1 pek sponge fingers (cap Tesco gak)
1 sudu kecil nescafe
Fresh milk


Tesco xnak amek sy jadi duta ke?


Cara-caranya :


1. Campurkan Mascarpone cheese,gula (letak sikit dulu) dan whipping cream. Kacau dengan whisker.




2. Bila dah sebati, letak kuning telur.



3. Kacau lagi sampai sebati. Pastu rasa sikit tahap kemanisan adunan tu. Kalau x cukup manis, tambah lagi gula. Then kacau lagi sampai adunan mesraaaa...


4. Bila dah siap, letak tepi dulu adunan tu. Sekarang kita nak buat base Tiramisu ni plak. Amek fresh milk dan campurkan dengan nescafe. Kalau xde nescafe, boleh je beli susu kotak perasa nescafe.


Susu+nescafe
5. Pastu amek sponge fingers tu, rendamkan dalam bekas nescafe tu. Jangan lama, nanti hancus plak biskut tu.



6. Oh lupa. Sediakan bekas dulu. Kalau boleh biarlah bekas transparent. Baru la nampak keseksian tiramisu tu nanti. Then susun biskut tu mcm ni.



7. Lepas dh susun, scoopkan adunan cheese tu tadi. Bukan semua ye, sikit je. Cukup sekadar tutup lapisan biskut tadi.



 8. Then letak lagi sponge fingers yang dah di rendam tu kat atas adunan cheese tu. Buat sampai adunan tu habis tapi make sure adunan cheese tu mesti ada kat atas skali, bukan sponge fingers tu. Nanti ada yang sengal, letak plak biskut tu kat atas. Huhu.




9. Taraaa... Dah siap. Untuk lagi best, sprinkle kan cocoa powder kat atas tu. Kalau xnak pun xpe. Then simpan dalam fridge selama 2-3jam or semalaman.






PS : Ini resepi menggunakan kaedah campak & makan. Xde sukatan yang betul.

3 comments:

Dhiya said...

best tak mira? aritu kak dee n mak nani gi klas blaja buat ni, pahit nye ya rabbi, hanya Allah je yg tau. xsedap langsung. menyesal gi blaja..

HalizaHashim said...

resepi ni gerenti sedap, busu selalu (tak la selalu- tungu budak cuti sekolah je)buat. cubala, tak payah masak, pukul bahan dgn garfu dah cukup!

myrainbowdreams said...

kak dee : sgt best, simple je. :)

busu : haah busu.. hihi best2 :)