Pages

December 15, 2012

Muhammad Afeef Ali

Lama gila kot tak update blog. HAHA. Last update 9 August 2012. 

Nak tau kenapa? Pasal budak ni la!


Budak kecik ni nak keluar awal hokkay. Tak menyempat. Kesian maklong dia. HAHA

10 Aug 2012

Pagi

Mak massage 'long, ni mak nak bgtau ni. tapi jgn panic. pagi tadi nona mcm dah keluar air tapi dia x sure tu waterbag dia ke apa'

Ah sudahhh. Masa ni pkul 9pg mcm tu la. Sah-sah la aku kat ofis kan. Cuak la gak. Dalam hati ni dok doa jangan la adik aku beranak awal. Dia baru 35 weeks je. Tapi yang paling penting tiket flight aku uolssss. Gigih aku booking MAS awal sebab nak dapat murah. HAHA. 13 Aug tu memang aku balik KL. Ala berapa hari je lagi. Tahan la sikit.

Tapi aku reply massage mak 'laaa ye ke? Knapa dia tak nak jumpa doc? Suruh la dia jumpa doc'. Lepas tu aku call mak terus. Senang. Dari nak tunggu dia dok type SMS tu kan.

Ok lepas borak-borak, Nona ckp dia nk pegi dalam tengah hari.

Petang

Dapat SMS yang bakal merubah hidup aku. Gittewww! HAHA.

'Long, jangan panic. Nona dah bukak 4cm'

Ringkas dan padat. Namun cukup membuat aku tak tentu arah! Call mak terus, tak main SMS dah. Mak cakap, Dr Marsita suruh dia balik buka puasa dulu, solat maghrib apa semua, baru masuk hospital. Maybe malam ni beranak.

Kau tak berdebar dengan benda ni semua? Aku dekat ofis dah tak jadi kerja doh. Dok pikir apa yang aku nak buat. Mesti la nak balik kan.

Habis je ofis hour pkul 4.30pm tu, mintak tolong housemate hantar pegi Airport, nak check tiket ada ke tak dok. Dia cakap ada lagi pukul 11.15pm from Kota Kinabalu. Ah tekad la. Suruh housemate hantar aku balik rumah, sebab nak pack barang.

Sampai je rumah, dengan kelam kabutnya aku bukak bag & masukkan barang. Ye la, nak balik lagi 3 hari kan, memang tak la aku kemas beg awal-awal. Labuan-KL ke pun. HAHA. Aku main tarik je baju yang dalam almari tu tanpa pikir amenda sebenarnya yang aku isi dalam beg tu. Tak de lipat-lipat ye. Campak je! HAHA. Sambil tu call pakcik teksi yang selalu hantar-amek aku kalau nak pegi airport. Lagi 10min dia datang. Macam amazing race uols! Cuma beza dia xde RM100,000 je.

Pakcik teksi sampai, hantar aku dekat terminal ferry. Sah-sah la flight ke KL dari Labuan ni limited, so kena la ke KK. Nak ke KK plak sama ada naik ferry, flight or speed boat. Ferry plak sehari 2 kali je, speed boat je yang available sampai pukul 6pm. Naik la speed boat tu untuk ke Menumbok then direct ke Kota Kinabalu Airport. Speed boat yang aku naik malam tu adalah yang terakhir ye. Phewww. Dari Menumbok nak ke Airport plak kena naik Kereta Sewa or Teksi. Dia pakai kereta Unser, RM30 sorang. Tapi kena cukupkan 6 orang. Kalau tak cukup, kena bayar extra. Mangkak betoi la! Malam tu aku naik Unser yang last gak, kami 4 orang je. Sah-sah la kena bayar extra kan. Kena extra RM15 lagi. Hampeh. Ada je bas untuk ke KK tapi last bas pukul 3.30pm, HUHU. Redhooooo.

Malam

Dalam Unser yang mengambil masa 2.5jam untuk ke KK. Buka puasa dalam kereta. Gogok ayaq kosang ja. Lupa nak beli makanan bagai. Tak rasa lapa pun, dok nebes punya pasal. Dalam kereta tu dok SMS dgn mak. Update berita terkini. HAHA. Sambil tu sempat lagi suruh driver tu bawak laju-laju. Nak cepat sampat katanya. Masa ni la aku nak ada Superpower. Biar cepat sampai.

Sampai je airport, terus pegi kaunter tanya tiket brapa. Hang gila ka, RM400++ oneway. MAS lagi la RM1,000++. Parah aih. Dalam bank aku ada RM200++ je, nak tak nak, aku pow adik aku. HAHA. Tu la, awat hang nak branak awai. Ok setel, aku punya flight yang paling last skali, pukul 11.15pm. Aku sampai airport dalam pukul 9 lebih, ada la masa untuk berpoya-poya. Aku mempoya-poyakan diri dengan KFC. Lapaq weh. Pastu pi dok surau, charge HP sambil buat apa-apa yang patut la. Sambil meluruskan sendi-sendi yang kerja keras dari tadi. Agak-agak dh time check in tu, terus la masuk sambil tetap update dengan mak. Nona dah masuk Labour Room dah. Tengah get ready. 

11 Aug 2012

Pkul 1.45am
Flight touch down, cepat-cepat cari beg terus naik bas ke KL Sentral. Masa dalam bas tu mak cakap Nona dah start push. Dalam hati ni cakap mesti tak sempat punya la ni. Tak kisah dah janji baby & Nona selamat.

Pukul 2.45am
Sampai KL Sentral pastu tunggu kawan amek and terus ke hospital. Sambil-sambil tunggu kawan datang tu, mak sempat cakap Nona tak cukup nafas nak push. Risau dah.

Pukul 3.15am
Sampai hospital, terus naik LB. Tengok floor tu cuma ada family kitorang. Memang dengar suara Nona dok 'Ya Allaaaahhhhhh' 'Allaaahhhhh, sakitnyaaa' . Sebak ok! Dia dah la jenis tak pernah sakit & masuk hospital, tetiba terus rasa sakit beranak kan. Lain la kalau macam aku ni, belah sana belah sini. Hardcore sket. Ewah. HAHA. Sampai je, aku letak bag, terus masuk LB, nampak la kejadian yang buat aku ternganga. 

Yang adik ipar aku dengan muka cuak, muka nak nangis semua ada. Doktor plak dok jerit 'Lagi Nadiah, lagi. Kuat lagi Nadiah, kuat' pastu Doktor tekan perut Nona dari atas tup tup keluar la si buah hati. Jaw dropping ok! Depan mata aku benda ni jadi. LIVE! Terus aku rasa aku punya 'tuttt' pedih-pedih. HAHA.

Pukul 3.30am
Si baby memang tunggu Maklong dia sampai. Memang tak boleh lupa la. Feel macam aku yang beranak. Over kan. Mak aku menangis uols. Dia memang Ratu Emosi. Padahal aku pun nangis gak. HAHA. Terharu ok! Yang paling lawak masa adik ipar aku azankan anak dia sambil menangis. Sedih masa tu tapi lawak pun ada. HIHIHI


Ni masa nurse tengah bersihkan dia. Gambar ni aku yang first upload dekat FB. Harus lah aku bangga sebab aku orang pertama yang upload pi FB. Bongok kan? HAHA. 

Yang si Nona dok lalok-lalok dalam LB lagi, Doc nak jahit tuttttt. Ngeri lagi tuttttt aku uols! Kepit aku sepanjang masa. Gituuu kan! Fobia macam aku yang beranak.

Agak-agak nak subuh tu ktorg semua balik la rumah. Nona & laki dia dok la hospital nun. Sampai umah aku bantai makan, lapa ok! Pastu tidoooo. Dalam pukul 8am mcm tu ktorg pegi hospital balik. Nasib hospital dengan rumah dekat.


Ni la masa aku datang pagi tu. Tak mandi ok. HAHA. Tengok dia bukak mata dah.




Lebarkan kaki budak ni. Panjang pulak tu. Ada tokoh tinggi dari Maklong ni. Kecik je dia ni, 2.6kg. Ye la, baru 35 weeks kan. Tapi sebab dia ni panjang, tu la salah satu sebab terberanak awal. Tak muat uols dalam perut Mama dia. HAHA. 


After 7 days, baru la umumkan nama & cukur rambut budak kecik ni. So mak pak dia bagi nama Muhammad Afeef Ali. Oh, Ali tu nama arwah datuk :) Tengok uols dia masa ni, kecikkkkk je. Lani, huiyoooo! HAHA

Sekian la cerita Amazing Race.


Ni Afeef sekarang. Dah 4 bulan. Gusi tu dah start gatal-gatal. Air liur tu meleleh je.





Comel kan gambar ni. Amek pakej New Born from Adi Nang. Sukaaaaa sangat.










Besar dengan debab dah budak ni. Alhamdulillah sihat. Maklong loves you so much!

August 9, 2012

Day 2 - Week 5

Sahur

Air kosong

*bila housemate gegar pintu bilik, aku bangun then capai botol air sebelah katil & tidur balik. Tak tau penat apa tapi memang sangat letihhh. 

Iftar

Sup Ayam & Cendawan Goreng



Resepi Sup Ayam

2 batang serai - dititik
2cm halia - tumbuk
1 biji bawang besar - dihiris
2-3 ulas bawang putih - ditumbuk
Sebiji tomato - potong 8
Ayam
Cili padi - ketuk je
Limau nipis
Garam

Tumis bawang besar, bawang putih, halia & serai sampai naik bau. Then masukkan ayam & gaulkan sekali dengan tumisan bawang. Agak-agak ayam dah separuh masak, masukkan tomato. Biar sampai tomato agak layu & hancur. Kemudian bila nampak ayam dah nak masak, masukkan air, garam & jus limau nipis. Biar sampai menggelegak. Siap.




Resepi Cendawan

Ikan bilis
Cendawan Tiram
Sebiji telur
Sedikit sos tiram

Panaskan minyak & goreng ikan bilis sampai masak. Masukkan cendawan & goreng seketika. Kemudian masukkan sos tiram & pecahkan sebiji telur. Goreng sampai agak kering. Siap.
*sebenarnya ni 1st time buat benda ni. Haha

Anggaran carbs : 8g
Total carbs : 8g

Day 1 - Week 5

Sekejap je rasa dah sebulan buat Atkins ni.

Dan sebulan gak la En Nasi tak menemani hidup. Haha. Tapi tak pe, yang penting banyak baju dah muat. Hip hip horee!!

Sahur

Sebab terlampau penat hujung minggu ulang-alik Labuan-KK, memang tak sedar apa la walaupun 2 kali housemate gegar pintu. Kekeke

Iftar

Sayur Campur + Ayam Goreng + Wantan Goreng + Blue Lemon Ais

*semua beli dekat bazar ye. Harap maklum. Haha
**gambar tak sempat nak amek sebab terlampau dahagaaaaaaa


Anggaran carbs : 7g
Total carbs : 7g

Day 7 - Week 4

Sahur

*terlajak perahu boleh di undur, terlajak waktu sahur redhoo je la.


Iftar

Ayam KFC

wehoooooo

*makan KFC sambil tengok final badminton. Hoho


Anggaran carbs : 9g

Total carbs : 9g

Day 6 - Week 4

Sahur

Sayur campur + Ayam Kari

*xdok gambar sebab mamai bangun pagi lupa nak snap. Hoho

Anggaran carbs : 2g



Iftar

Ikan Bakar + Udang Bakar + Sotong Bakar


*makan dekat Pasar Malam,KK


Ni makan untuk 4 orang ok. Berlebih lagi ikan tu. Tq housemate sebab belanja. Hee

Anggaran carbs : 6g

Total carbs : 8g

Day 5 - Week 4

Sahur

Air kosong

As usual, lambat bangun so sekadar minum air je.

Anggaran carbs : 0g


Iftar

Steamed Chicken & Soup

*buka dekat Paparich



Memang kenyang!!

Anggaran carbs : 5g

Total carbs : 5g

Day 4 - Week 4

Siaran tertangguh. Haha

Sahur

Air Sejuk/Kosong

Anggaran carbs : 0g


Iftar

Maggie & Ayam Goreng

Rindu sgt nak makan megi, jadi masak lah. Haha


Sebungkus megi tu dalam 13.6g carbs. So ok la kan. 



Makan dengan ayam goreng ok la kan. 0g carbs je ayam tu. Hoho


Anggaran carbs : 14.5g

Total carbs : 14.5g

August 2, 2012

Day 3 - Week 4

Sahur

*minum air je banyak-banyak. Huhu. Tak dok selera

Iftar

Sup Tulang + Udang Goreng

*as usual beli dekat kedai. Tak de masa nak masak.

 Udang goreng yang dah tunggang terbalik sebab tersenget. Haha

Sup tulanggggg

Anggaran carbs : 3g

Total carbs : 3g

August 1, 2012

Aturan Tuhan


Dlm kita cuba mencari kebenaran, kita terkadang akan berjumpa kepalsuan..
Dlm kita cuba mencari ketenangan, kita terkadang akan berjumpa kerumitan..
Dlm kita cuba mencari keaslian, kita terkadang akan berjumpa tiruan..
Dlm kita cuba mencari kegembiraan, kita terkadang akan berjumpa kesedihan..
Dlm kita cuba mencari ketulusan , kita terkadang akan berjumpa keraguan...
Dlm kita cuba mencari kebahagiaan, kita terkadang akan berjumpa ujian..
Dlm kita cuba mencari jawapan, kita terkadang akan berjumpa kekeliruan..
Dlm kita cuba mencari kesempurnaan, kita terkadang akan berjumpa kekurangan..

Begitulah kehidupan, semuanya mengikut Aturan Tuhan Yang Maha Menentukan.

Tetapi....

Dlm kita mencari jalan Tuhan, di situlah letak segala kebahagiaan..

Day 2 - Week 4

Kejap je dah nak masuk sebulan buat Atkins Diet ni. So far ok la cuma bulan Ramadhan ni dahaga dia agak melampau sikit la. Huhu. Atkins ni kan kena banyak minum air.

Sahur

Air sejuk + Tamar

*macam dah cakap sebelum ni. selere makan memang tak de. Huuuu

Anggaran carbs : 5g


Iftar

Ikan Goreng + Chicken Mushroom




Resepi Chicken Mushroom

Dried Mushroom - rendam dalam air sampai kembang
Ayam Panggang - leftover (carik-carikkan)
1/2 sudu sos tiram
2 ulas bawang putih - ketuk
3 biji cili padi - hiris

Panaskan minyak. Tumis bawang putih. Masukkan ayam & goreng sampai garing. Then masukkan cendawan yang dh kembang tu & sos tiram. Gaul-gaul & kacau-kacau sampai cendawan agak lembut. Lepas tu masukkan cili padi hiris. Siap.

Anggaran carbs : 2.7g

Total : 7.7g

Harap maaf

Maaf la ye lama tak update. Huhu. Ada gangguan emosi & tak berapa sihat sikit. Kekeke


Gambar yang makan pun tak sempat ambil. Main ngap je. Selera makan pun hilang. Tapi ada la sikit-sikit yang sempat ambil. Cuma tak ingat la bila. Ampun. Haha


 Ayam sambal

Telur dadar 

 Tomyam Daging

 Tomyam Tulang

Limau panas + Equal

Ni je yang sempat ambil. Harap maaf. Haha

July 27, 2012

Semua ada hikmahnya


Dahulu, ada seorang Tok Penghulu dengan anaknya membela seekor kuda. Mereka amat menyayangi kuda itu. Satu hari, kuda itu terlepas dan terus lari ke dalam hutan berhampiran. Orang kampung yang tahu akan hal tersebut berkata kepada Tok Penghulu, 

"Kami simpati atas kehilangan kuda kesayangan Tok.Tentu Tok sedih.."

Sebaliknya,Tok Penghulu tersenyum lalu berkata, "Tak apalah.Mesti ada hikmahnya."

"Apa hikmahnya Tok?"

"Tok pun tak tahu. Tapi pasti ada hikmahnya."

Beberapa minggu kemudian, kuda kesayangan Tok Penghulu pulang semula dengan membawa beberapa ekor kuda liar. Orang kampung sangat kagum kerana sekarang bilangan kuda kepunyaan Tok Penghulu bertambah secara tiba-tiba. Sudah rezekinya.

"Tok bertuahlah.Untung." Begitulah kata mereka.

Tok Penghulu sebaliknya berkata, "Belum tentu lagi.Tapi Tok yakin tentu ada hikmahnya."

Anak lelaki Tok penghulu begitu gembira dengan kuda-kudanya. Setiap hari dia menunggang kuda kesayangannya sambil mengembala kuda-kuda liar yang lain. Entah bagaimana pada satu hari, anak Tok Penghulu itu jatuh daripada kudanya lalu tangan kanannya patah.

Orang kampung tahu dia adalah anak kesayangan Tok Penghulu. Mereka datang menziarahi anak Tok Penghulu yang terlantar. 

"Malang benar nasib tok. Baru dapat nikmat sekarang ditimpa bala pula," kata mereka.

Tok Penghulu tersenyum dan berkata, "Ini ujian Allah.Tentu ada hikmahnya."

Tidak lama kemudian, kampung mereka didatangi oleh pegawai-pegawai atasan tentera negara itu. Orang kampung semuanya bimbang kerana raja mereka memang terkenal zalim dan tidak berperikemanusiaan.

"Raja memerintahkan semua anak muda lelaki dikumpulkan! Negara memerlukan tentera tambahan untuk dihantar ke medan perang!" Arah ketua tentera.

Semua ibubapa kampung itu risau dan sedih terpaksa berpisah dengan anak-anak lelaki mereka. Para remaja lelaki dibariskan dihadapan ketua tentera, termasuk anak lelaki Tok Penghulu yang patah tangan itu.

"Kamu dikecualikan! Tidak ada gunanya membawa orang yang patah tangan!" Kata ketua tentera sambil menunding jarinya kepada anak lelaki Tok Penghulu.

Pada ketika itu, terngiang-ngiang kata-kata dari mulut penghulu mereka, 
"Mesti ada hikmahnya."

Segala apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Percayalah :)


*taken from other blog

July 25, 2012

Day 3 - Week 3

Sahur

Home made chicken mushroom patties + black pepper mushroom sauce

Resepi

1 bungkus ayam cincang
1 biji telur - dipukul dadar
Cendawan butang - hiris
Lada hitam - 1/2 sudu
Garlic powder
Garam

Gaulkan ayam cincang dengan cendawan. Letak lada hitam & garlic powder. Sementara itu, telur di pukul dadar & dicampur dengan garam. Gampurkan ke dalam adunan ayam tadi. Adunan akan jadi agak cair. Its ok. Panaskan non stick pan, letak sedikit minyak & bentukkan adunan tadi dengan bentuk bulat & terus letak ke dalam pan. Biar patties tersebut goreng dalam 3-5min. Grill sehingga keperang-perangan.

Resepi black pepper mushroom : sini




Yang ini pre baked punya. Jadi bila nak just grill kan je. Kalau tak pakai, simpan dalam fridge.

Anggaran carbs : 1.2g 


Iftar

Sup ayam + Cendawan goreng + Udang Goreng + Tamar

*makan dekat kedai je. Hoho

 Makan sebiji je ye.




Anggaran carbs : 7.5g

Total carbs : 7.7g

Day 2 - Week 3

Sahur


*makan ayam golek lebih masa berbuka semalam + mayonnaise. Lupa nak ambil gambar sebab mamai-mamai. Haha


Anggaran carbs : 1.1g


Iftar


Cheezy Mushroom Soup + Kerabu Ayam


Resepi Kerabu Ayam


Ayam panggang / goreng - disiat
Kacang panjang - potong kecil-kecil
3 biji cili padi - hiris
1 biji tomato saiz kecil - potong dadu
Bawang besar - hiris
Jus limau nipis
Sos ikan


Campur kesemua bahan. Kemudian letakkan sos ikan & jus limau. Sesuaikan ikut keadaan selera anda. Sos ikan tu adalah untuk pengganti garam.



Anggaran carbs : 2.5g

Resepi Cheezy Mushroom Soup


4 sudu mushroom soup dlm tin
Cendawan butang - di dadu
Sedikit butter
Parutan cheese untuk ditaburkan


Panaskan non stick pan. Cairkan butter & masukkan cendawan yang di hiris. Tumis sehingga agak masak. Masukkan 4 sudu mushroom soup berserta setengah cawan air. Kacau sup sehingga mencapai kepekatan yang diingini. Taburkan dengan parutan cheese. 




 Cheese jenis ni ada 0g carb. So apa lagi. Weehooo

Ni la mushroom soup saya. Memang kenyang.

Anggaran carbs : 5g

Total carbs : 8.1g

July 24, 2012

Perasaan


Hari-hari cerita pasal diet pun boleh jadi bosan gak kan. Lama tak mengarut dalam blog ni. Ramai yang tanya kenapa suddenly nak diet? Tak ada apa pun cuma saje je nak naikkan confident level dalam diri ni. Then bila nak kerja tu tak de la penat je rasa. Untuk stamina juga kan. Dah kalau badan besar, turun naik tangga pun dah rasa macam lari 10km (ok over la tu!) What else eh? Nak jumpa client pun confident la gak kannn.

Kurus untuk cari pasangan? Hmm.. bab tu memang tak terpikir. Tu dah memang jodoh. Kalau aku kurus macam lidi pun but still tak de jodoh nak buat macam mana kan. Cakap pasal jodoh ni memang takkan habis. Lagi-lagi bila umur dah remaja (erkkk) ni. Tengok la raya nanti, aku ni dah macam kaunter pertanyaan plak. Semua nak dok tanya aku.

‘Kakak nya bila nak kawin? Adik ni dah nak bersalin dah’

Hishhh biaq pi la adik aku dah nak bersalin ka apa ka. Dah rezeki dia kan. Caring sungguh la hangpa ni noh. Awat aku cakap utara ni? Haha

Sebenarnya la kan, soalan typical ni aku dah lali dah. Kalau ikut hati nurani suci murni ni, nak je aku record jawapan aku. So bila dorang tanya je, senang aku play je jawapan apa aku nak.

‘Tak dak ka hang berkenan kat sesiapa?’

Halo cheq. Op kos la aku ada berkenan kat mamat ni tapi nak buat lagu mana kalau dia tak berkenan kat aku. Hangpa boleh dok control-control hati & perasaan orang ka? (tengok. Cakap utara lagi.Hoh)

Macam ni la, setiap orang mesti nak rasa hidup berkeluarga. Siapa tak nak kan? Tapi benda ni semua bukan la terletak pada tangan kita. Kita ni mampu untuk merancang je. ALLAH yang tentukan segalanya. Sama ada aku ni berpeluang jadi seorang isteri ke tak, berpeluang jadi seorang mak ke tak, itu semua dah tertulis. Jadi jangan stresskan hidup dengan benda ni. But yes, sesekali tu rasa la juga stress bila dah tinggal aku je yang belum kawin. Sadis bukan. Tapi takpe, nasib my friends semua sporting. Husband dorang pun sporting. So tak de la terasa sangat terpinggir tu.

Korang semua tau kan yang my sister, Nona dah kawin & she is expecting her first baby in September. Orang semua tanya apa perasaan aku and bila orang dating je majlis dia semua dok pat my back and said ‘xpe, nanti ada la jodoh tu’

What the hell men? Come on la. Ni adik aku punya wedding kot. Setitik zarah pun tak de parasaan cemburu dalam hati ni. Sejujurnya, kalau aku mampu dari segala segi, aku akan buat yang terbaik untuk dia & Fira. Sampai masa kendiru tu pun, aku dok bz lagi dekat dewan. Tak mandi tak hape pon. Mak sampai nak menangis tengok aku. Haha. She is a drama queen u know.

Why? Kenapa aku buat macam tu? Sebab pada aku, seandainya aku tak di takdirkan ada pasangan, sekurang-kurangkan aku dah buat majlis kawin adik-adik aku sehabis baik. Aku anggap yang majlis tu adalah majlis kawin aku. Of coz majlis jadi perfect. Walaupun ada la cacat cela sikit but hey, mana ada majlis yang sempurna.

So, berbalik pada jodoh.  Sangat subjektif.  Tujuan berkahwin tu apa? Nak bersaing ke? Kau pakai Cosry aku plak nak pakai Hatta Dolmat. Contoh je hokkey. Siapa sentap aku lempang. Haha

As for me la kan, walaupun agak klise, aku nak sangat & berharap dapat suami yang boleh bimbing aku. Impian berimam kan suami sendiri dalam setiap solat, ajar aku segala-gala pasal hukum hakam Islam & segala-galanya. Macam dalam drama sangat kan but that is what I want. Pengalaman bercinta sebelum ni banyak mengajar aku. Aku takkan cerita pasal tu. Dorang semua pun dah bahagia dengan hidup masing-masing.

Sebenarnya apa yang aku cari? Entah la. Aku pun tak tau. 3 tahun hidup sendiri buat aku belum terbuka nak ada pasangan. Sebenarnya tak de sape pun yg approach. Hahaha. Well well well. Kualiti lelaki yang aku perlukan still lagi belum jumpa. Macam la aku ni berkualiti sangat kan. Haktuii. Haha. Sebab tu la aku cakap benda ni subjektif. Kau suka dia tapi dia suka kau. Dia suka kau tapi kau tak suka dia. Haaa tak ke haru. Tapi kalau ada jodoh tu, smooth je perjalanan tu. Kau suka aku, aku suka kau. Dah jom kawin. Macam tu la contoh dia. Aku tak nak kawin for the sake orang lain kawin, aku pun mesti kawin. Nanti rumah tangga yang huru-hara.

Siapa tak nak nama dia bertukar status kan. Puan Nur Amirah.  Semua pun nak tapi sekali lagi ini bukan kuasa kita. Jadi dari asyik bertanya ‘bila nak kawin’ baik doakan supaya dapat bertemu jodoh yang baik.

Kan dah mengarut. Asal cerita pasal lain dah cerita pasal jodoh plak. Haha.

Lastly,
Mak, seandainya  Allah takdirkan kaklong untuk hidup sorang, mak tolong jangan sedih. Kaklong happy & redha dengan semua ni. Betul, mulut senang untuk senyum & berkata ‘its ok’ tapi hati siapa yang tau kan.  Jujur kaklong cakap, tengok adik-adik bahagia dengan anak-anak & suami masing-masing cukup buat kaklong happy. InsyaAllah, kalau itu takdirNya, Dia ada planning yang lebih baik untuk kaklong. Jangan runsing pasal jodoh kaklong ye. Hoho.

‘’ Seandainya aku ditakdirkan untuk tidak mempunyai pasangan, sekurang-kurangnya aku pernah bercita-cita untuk menjadi seorang zaujah yang solehah untuk sang zauj. Sekiranya aku ditakdirkan untuk tidak mempunyai zuriat, sekurang-kurangnya aku pernah bercita-cita untuk melahirkan zuriat yang soleh & solehah untuk sang zauj yang dikasihi. Seandainya aku ditakdirkan untuk tidak bersama mu, sekurang-kurangya aku pernah bercita-cita untuk menjadikan mu zauj pilihan hatiku berlandaskan jalan Allah ‘’ – Amirah Azhar, 24 Julai 2012

Buat sang zauj,
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana.

Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah.

Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan ku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku.

Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.

Biar tak bertemu di alam fana, moga bertemu di Jannatul Firdausi. Amin

2.40pm, 24 Julai 2012

July 23, 2012

Day 1 - Week 3

Sahur


Scramble eggs + Chicken Meatloaf + Grilled Chicken + Mayonnaise



*lebihan ayam semalam tu grilled kan je dia & buat scramble eggs (2 biji). tapi di sebabkan demam & tak de selera makan, chicken meatloaf tu tak usik langsung.


Anggaran carbs : 1g




Iftar


Ayam Golek & Mayonnaise




*ayam ni banyak & selera makan still tak de lagi. kesan ubat demam & batuk tu kuat sangat. terasa di awang-awangan lagi. huhuhu. 


*orang slalu tanya 'kenyang ke?' jawapan : sangat kenyang sebab perut dah mengecik kot. Haha


Anggaran carbs : 1g


Total carbs : 2g

Day 7 - Week 2

Sahur

*termiss!!! sebab letih sangat naik bas dari Labuan - KK then terus ke class. Sedar-sedar dah pukul 7.30pg so kirim salam je la. Area Sabah/Labuan ni subuh awal dalam pukul 4.30pagi. 

Iftar

*hebat tak? Sahur di KK, buka puasa di Labuan. Haha

Tamar + Sup Ikan + Sayur campur + Ayam golek


 *ayam ni banyak so simpan sikit untuk sahur nanti

 *sedih betul tengok sayur ciput ni RM2

* ni housemate yang masak so xde resepi la untuk sup ikan ni. hoho

Anggaran carbs : 6.5g

Total carbs : 6.5g

Improvement

After 2 weeks, i lost 5kg & 20.75 inch ( whole body ). Tang drumstik aku tu ha yang paling banyak turun. weehooooo!!!!