Hari-hari cerita pasal diet pun boleh
jadi bosan gak kan. Lama tak mengarut dalam blog ni. Ramai yang tanya kenapa
suddenly nak diet? Tak ada apa pun cuma saje je nak naikkan confident level
dalam diri ni. Then bila nak kerja tu tak de la penat je rasa. Untuk stamina
juga kan. Dah kalau badan besar, turun naik tangga pun dah rasa macam lari 10km
(ok over la tu!) What else eh? Nak jumpa client pun confident la gak kannn.
Kurus untuk cari pasangan? Hmm.. bab
tu memang tak terpikir. Tu dah memang jodoh. Kalau aku kurus macam lidi pun but
still tak de jodoh nak buat macam mana kan. Cakap pasal jodoh ni memang takkan
habis. Lagi-lagi bila umur dah remaja (erkkk) ni. Tengok la raya nanti, aku ni
dah macam kaunter pertanyaan plak. Semua nak dok tanya aku.
‘Kakak nya bila nak kawin? Adik ni dah
nak bersalin dah’
Hishhh biaq pi la adik aku dah nak
bersalin ka apa ka. Dah rezeki dia kan. Caring sungguh la hangpa ni noh. Awat
aku cakap utara ni? Haha
Sebenarnya la kan, soalan typical ni
aku dah lali dah. Kalau ikut hati nurani suci murni ni, nak je aku record
jawapan aku. So bila dorang tanya je, senang aku play je jawapan apa aku nak.
‘Tak dak ka hang berkenan kat sesiapa?’
Halo cheq. Op kos la aku ada berkenan
kat mamat ni tapi nak buat lagu mana kalau dia tak berkenan kat aku. Hangpa
boleh dok control-control hati & perasaan orang ka? (tengok. Cakap utara
lagi.Hoh)
Macam ni la, setiap orang mesti nak
rasa hidup berkeluarga. Siapa tak nak kan? Tapi benda ni semua bukan la
terletak pada tangan kita. Kita ni mampu untuk merancang je. ALLAH yang
tentukan segalanya. Sama ada aku ni berpeluang jadi seorang isteri ke tak,
berpeluang jadi seorang mak ke tak, itu semua dah tertulis. Jadi jangan
stresskan hidup dengan benda ni. But yes, sesekali tu rasa la juga stress bila
dah tinggal aku je yang belum kawin. Sadis bukan. Tapi takpe, nasib my friends
semua sporting. Husband dorang pun sporting. So tak de la terasa sangat
terpinggir tu.
Korang semua tau kan yang my sister,
Nona dah kawin & she is expecting her first baby in September. Orang semua
tanya apa perasaan aku and bila orang dating je majlis dia semua dok pat my
back and said ‘xpe, nanti ada la jodoh tu’
What the hell men? Come on la. Ni adik
aku punya wedding kot. Setitik zarah pun tak de parasaan cemburu dalam hati ni.
Sejujurnya, kalau aku mampu dari segala segi, aku akan buat yang terbaik untuk
dia & Fira. Sampai masa kendiru tu pun, aku dok bz lagi dekat dewan. Tak
mandi tak hape pon. Mak sampai nak menangis tengok aku. Haha. She is a drama
queen u know.
Why? Kenapa aku buat macam tu? Sebab
pada aku, seandainya aku tak di takdirkan ada pasangan, sekurang-kurangkan aku
dah buat majlis kawin adik-adik aku sehabis baik. Aku anggap yang majlis tu
adalah majlis kawin aku. Of coz majlis jadi perfect. Walaupun ada la cacat cela sikit but hey, mana
ada majlis yang sempurna.
So, berbalik pada jodoh. Sangat subjektif. Tujuan berkahwin tu apa? Nak bersaing ke? Kau
pakai Cosry aku plak nak pakai Hatta Dolmat. Contoh je hokkey. Siapa sentap aku
lempang. Haha
As for me la kan, walaupun agak klise,
aku nak sangat & berharap dapat suami yang boleh bimbing aku. Impian
berimam kan suami sendiri dalam setiap solat, ajar aku segala-gala pasal hukum
hakam Islam & segala-galanya. Macam dalam drama sangat kan but that is what
I want. Pengalaman bercinta sebelum ni banyak mengajar aku. Aku takkan cerita
pasal tu. Dorang semua pun dah bahagia dengan hidup masing-masing.
Sebenarnya apa yang aku cari? Entah
la. Aku pun tak tau. 3 tahun hidup sendiri buat aku belum terbuka nak ada
pasangan. Sebenarnya tak de sape pun yg approach. Hahaha. Well well well.
Kualiti lelaki yang aku perlukan still lagi belum jumpa. Macam la aku ni
berkualiti sangat kan. Haktuii. Haha. Sebab tu la aku cakap benda ni subjektif.
Kau suka dia tapi dia suka kau. Dia suka kau tapi kau tak suka dia. Haaa tak ke
haru. Tapi kalau ada jodoh tu, smooth je perjalanan tu. Kau suka aku, aku suka
kau. Dah jom kawin. Macam tu la contoh dia. Aku tak nak kawin for the sake
orang lain kawin, aku pun mesti kawin. Nanti rumah tangga yang huru-hara.
Siapa tak nak nama dia bertukar status
kan. Puan Nur Amirah. Semua pun nak tapi
sekali lagi ini bukan kuasa kita. Jadi dari asyik bertanya ‘bila nak kawin’
baik doakan supaya dapat bertemu jodoh yang baik.
Kan dah mengarut. Asal cerita pasal
lain dah cerita pasal jodoh plak. Haha.
Lastly,
Mak, seandainya Allah takdirkan kaklong untuk hidup sorang,
mak tolong jangan sedih. Kaklong happy & redha dengan semua ni. Betul,
mulut senang untuk senyum & berkata ‘its ok’ tapi hati siapa yang tau kan. Jujur kaklong cakap, tengok adik-adik bahagia
dengan anak-anak & suami masing-masing cukup buat kaklong happy.
InsyaAllah, kalau itu takdirNya, Dia ada planning yang lebih baik untuk kaklong.
Jangan runsing pasal jodoh kaklong ye. Hoho.
‘’ Seandainya aku ditakdirkan untuk
tidak mempunyai pasangan, sekurang-kurangnya aku pernah bercita-cita untuk
menjadi seorang zaujah yang solehah untuk sang zauj. Sekiranya aku ditakdirkan
untuk tidak mempunyai zuriat, sekurang-kurangnya aku pernah bercita-cita untuk
melahirkan zuriat yang soleh & solehah untuk sang zauj yang dikasihi. Seandainya
aku ditakdirkan untuk tidak bersama mu, sekurang-kurangya aku pernah
bercita-cita untuk menjadikan mu zauj pilihan hatiku berlandaskan jalan Allah ‘’
– Amirah Azhar, 24 Julai 2012
Buat sang zauj,
Aku
bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah
diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud
di mana-mana.
Tetapi
aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat
sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tujuan yang satu.
Tidak
perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan
gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh
Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali
pertama kita berpandangan. Itu janji Allah.
Permintaanku
tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi.
Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran
perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang
ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut
sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan
atau syahid itu. Akan ku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri.
Itulah impianku.
Aku
pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu
padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh
hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta
itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan
mempertemukan kita kembali di syurga.
Aku
juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang
telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku
sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu.
Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di
bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.
Biar tak bertemu di alam fana, moga
bertemu di Jannatul Firdausi. Amin
2.40pm, 24 Julai 2012