Pages

July 23, 2012

Day 7 - Week 2

Sahur

*termiss!!! sebab letih sangat naik bas dari Labuan - KK then terus ke class. Sedar-sedar dah pukul 7.30pg so kirim salam je la. Area Sabah/Labuan ni subuh awal dalam pukul 4.30pagi. 

Iftar

*hebat tak? Sahur di KK, buka puasa di Labuan. Haha

Tamar + Sup Ikan + Sayur campur + Ayam golek


 *ayam ni banyak so simpan sikit untuk sahur nanti

 *sedih betul tengok sayur ciput ni RM2

* ni housemate yang masak so xde resepi la untuk sup ikan ni. hoho

Anggaran carbs : 6.5g

Total carbs : 6.5g

Improvement

After 2 weeks, i lost 5kg & 20.75 inch ( whole body ). Tang drumstik aku tu ha yang paling banyak turun. weehooooo!!!!

Day 6 - Week 2

Selamat Berpuasa semuaaaaa


Sahur


Sup siam ayam 


*malam semalam saje masak sup ayam tu extra untuk sahur nanti. senang je nanti panas kan. heee




Resepi sup : sini

Anggaran carbs : 2.5g




Buka puasa


Ayam Goreng + Ikan Keli + Sayur Campur + Kurma



*sebiji kurma ada 5g carbs. so pandai-pandai la bahagi-bahagi ye

 *sayur kobis campur

 *ikan keli

*ini sebenarnya nasi ayam punya ayam. beli je ayam dia, RM3

Resepi sayur campur


Kobis - hiris 
Bawang - hiris
Telur - 1 biji
Garam
Sos Tiram - sikitttttt sangat


Tumis bawang & bila agak dah masak masukkan telur. Masak macam buat scramble eggs. Masukkan sayur kobis & sos tiram sikit je. Letak sikit air untuk bagi sayur lembut. Goreng goreng goreng sampai kering. Then letak garam & siap.


Anggaran carbs : 7.5g


Total carbs : 10g


*sila minum air yang banyak ok

Day 5 - Week 2

Breakfast


*hujan lebat sangat so pegi ofis awal sebab tumpang orang. Tak sempat masak. Heee


Lunch


Ikan Goreng (2 ekor) + Sup Daging 



* sebenarnya nak mintak sup daging tapi mulut ni dengan confidentnya order SOTO DAGING. Haha. Terpaksa la hirup sup & daging dia je. Membazirrrrr



Anggaran carbs : 2g


Dinner 


Sup Siam Ayam + Sambal Ikan Bilis




Resepi Sup : sini

Anggaran carbs : 2.5g


Total carbs : 4.5g

July 19, 2012

Day 4 - Week 2

Breakfast

*bangun lambat jadi tak sempat masak. nak pegi beli dekat kantin ofis, hujan pulak. jadi redhoooo je la. huhu

Lunch

Udang Sambal + Sayur Campur + Ayam Kari


As usual beli dekat kantin je. Hahaha.

Anggaran carbs : 4g

Dinner

Umai + Paru Goreng + Sayur kobis 




Beli dekat bazar je. Sedap gak lauk-lauk ni. Mals nak masak la beberapa hari ni sebab stok makanan dan habis. Malas nak pegi beli. Ampun la ye. Hoho

Anggaran carbs : 4g

Total : 8g

My Inspiration



Yeeehaaaa!!!

July 18, 2012

Day 3 - Week 2

Breakfast


Chicken Meatloaf + Scramble eggs + Mayonnaise


*kenapa sama je? malas & nak habiskan stok. haha




Anggaran carbs : 4.5g


Lunch


Sup Daging




*macam biasa. beli dekan kantin. xde mood nak makan benda lain sebab PMS menyerang


Anggaran carbs : 2g


Dinner


Sup Daging + Udang Goreng




*makan dekat kedai jugak. hahaha. emang dasar pemalas.


Anggaran carbs: 2g


Total carbs : 8.5g


Perubahan


Agaknya saiz perut saya dh mengecik kot. Sebab sekarang ni dah cepat kenyang.Perut kita ni senang di ajar sebenarnya. Kalau kita ajar dia makan banyak, banyak la boleh muat. 

July 17, 2012

Day 2 -Week 2

Breakfast


Chicken Meatloaf + Scramble Eggs + Mayonnaise


*gambar ada tapi baru jap terdelete dari hp. haha. ampun


Anggaran carbs : 3.8g


Lunch


Seketul Ayam Merah + Rendang daging


*tadi dekat ofis ada event so dorg bagi la semua staff tapau. so makan je la apa yang dorg bagi, jimat sikit duit. Haha.




**saya bersihkan betul-betul ayam tu dari nasi-nasi yang melekat (bahaya tu!) dan sos. nasib ayam tu besar, kenyang la jugak.


Anggaran carbs : 2g


Dinner


Grilled Chicken + Black pepper mushroom sauce + Omelette







Resepi ayam di sini
Resepi sauce di sini 


Lepas dah grilled ayam, saya panaskan sos black pepper tu dalam non stick pan yang sama dalam masa 5-10min then curahkan dekat ayam tu. Sedap. Them buat omelette. Kenyang betul!!


Anggaran carbs : 4g


Total carbs : 9.8g

July 16, 2012

Day 1 - Week 2

Alhamdulillah. Dah masuk minggu kedua dah. Percapaian setakat ini, ukuran badan berkurangan walaupun timbangan berat tetap sama. Tapi tetap hapy bila dah muat baju fav saya. Yeayyy


Breakfast


Chicken wings + Telur rebus + Sambal






*tu sambal nasi lemak tu. ambil sikit je. sebab mesti ada gula dalam sambal ni kan.
**beli dekat kantin ofis je


Anggaran carbs : 3g


Lunch


Sup Ayam




*beli dekat kantin jugak. haha


Anggaran carbs : 2g


Dinner


Tomyam Sup




*makan di kedai je. huuu
**saya malas masak bila diserang 'penyakit bulanan' ni. so paham-paham je la. kikiki


Anggaran carbs : 3g


Total carbs : 8.5g


Teringin nak minum Pepsi? 





Pepsi Light ada 0 sugar dan 0 carb. Jadi apa lagi!!! Yeayyyy. TAPI jangan minum kerap sebab dalam ni tetap ada kandungan kafein. Buat hilang teringin tu ok la.


Multivitamin




Ini multivitamin saya. So far saya makan ok. Dah kurang rasa letih-letih. TAPI kena minum air banyakkkkkkk kalau makan sebarang vitamin. Kalau tak kencing kita akan jadi kotor.