Pages

November 30, 2010

Pengalaman pertama

27 November 2010, Glasgow, Scotland


0000 hrs, Saturday


Hari ni dah genap sebulan aku duduk kat tempat asing ni. Kadang-kadang bila buka mata lepas bangun tido tu, otak macam pikir ' Aku kat mana ni? Apa yang aku buat kat sini? Knapa boleh senang-senang je aku tinggal dgn org yang aku x kenal? '


Tapi xde jawapan untuk soalan-soalan tu. Malas nak pikir, bangun & mandi pastu buat la rutin harian tu. Pejam-celik, dah sebulan dah aku kat sini. Ada lagi 5 bulan sebelum aku balik ke dunia realiti.


Tadi, ada satu benda lagi yang buat aku rasa macam aku tengah mimpi. Salji. Ye, salji turun kat sini. Awal dari jangkaan & awal dari kebiasaannya. Bila benda putih yang halus tu kena kat muka, rasa macam mimpi. Sebab memang aku tengah tidur pun time tu, lepas makan dah xde apa-apa aktiviti lagi, tidur la. Dekat rumah orang ni aku tidur, haha. Lepas tu, anak tuan rumah aka Aisyah kejut '' Kak! Kak! Bangun! Snow dah turun! ''


Dalam hati macam " Snow apa plak ni.. " Bengong jap time tu.. Padahal memang dari petang tadi dah tunggu cik snow ni turun. Pastu kuar-kuar umah je terus macam....


TAK TAU NAK CAKAP APA...


Xde perkataan yang boleh describe perasaan masa tu...


Rasa macam xbangun tidur lagi.. Huhu.. 


 Butir-butir putih yang tengah turun

 From my view - 10th Floor

Playground yang dah bertukar warna

SubhanALLAH.. Cantik & sempurna betul ciptaan MU, ya Allah!

Happy sangat rasa. Rasa mengantuk pun ilang macam tu je. HAHA. Pastu siap la ber'web cam' dengan mak, ayah, atok & adik. Tunjuk gambar snow tu kat dorang semua. Rasa macam nak bawak je dorang terbang datang sini. Lain je rasa seronok sorang-sorang. InsyaAllah, nanti kalau ada rezeki, kita main snow ehhhh...

Part ber'web cam' dengan atok paling lawak. HAHA.

 Nona suruh atok senyum. HAHAHAHAHA


Nona suruh atok buat PEACE. HAHAHAHAHA

Jahat kau nona dera atok!! HAHA. Tapi orang tua tu layan je. Kekeke. 

Puas je rasa dapat share my happiness dengan family.





 With Huda yang sama-sama mengalami kejutan salji buat kali pertama. HAHA


Alhamdulillah syukur..

Mode : HAPPY!

note : ini backdated post. lupa nak pulblish. ada dlm draf. HAHA

2 comments: