Pages

January 31, 2011

Tersentuh Hatiku

Tak nak cakap banyak. 


Meh tengok video clip American Idol audition ni.






So? 


Just wondering, ada tak lagi manusia macam ni? Sanggup hidup dalam susah & senang?
Mungkin sebelum jadi apa-apa, semua pun sanggup. Biasa lah ayat orang bercinta kan. Tapi bila benda tu betul-betul jadi, betul ke kita sanggup sama-sama tempuh kesusahan tu?


Dah SEPULUH kali tgk video ni. SEPULUH kali jugak la aku menangis. 


Pernah tak perempuan cantik yg macam model tu sangka satu hari nanti nasib dia jadi macam tu? Tapi she is so lucky sebab dia di temani ANGEL!!




" What kind of a guy would I be if I walked out when she needed me the most."  - Chris Medina




Mode : i am sooooo damn emotional

January 21, 2011

Sedih :(

Hati ku sedang meronta-ronta menangis & meraung.


Semua gara-gara videoclip ni




Kenapa sedih? 


Hmm.. Panjang ceritanya & complicated ceritanya. Tapi tak nak dah kenang benda lama. Hidup ni kena move on. 


Tapi.. Satu pengajaran yang saya dapat, '' Hargai apa yang ada depan mata kita ''


Allah dah bagi saya peluang untuk belajar dekat sini. Universiti yang saya memang saya idam-idamkan dari Tingkatan 1 lagi. Walaupun saya tak pandai mengaji atau berbahasa arab. Tapi sayang, semuanya di sia-siakan. Cepat mengalah. Cepat putus asa. 


Tapi nak buat macam mana. Benda dah jadi. Tak pernah sedetik pun aku lupa saat bergelar mahasiswa UIA. Kad matrik ku tenung. Bag Ta'aruf ku pandang. Wajah bangga mak ayah sering terbayang-bayang. Tshirt UIA yang dulunya xpernah ku pakai tapi kini menjadi baju kebanggan ku. Memori pahit manis semua berlegar-legar. YA ALLAH, semua nikmat tu telah kau tarik balik. Aku xpernah bersyukur. Ampunkan aku. 


Memang. Manusia mudah lupa. Lalai dengan segala nikmat. Angguh dengan segala kejayaan. Lupa untuk bersyukur.


Tapi..


'' Dalam diam, satu azam telah ku buat. Hanya aku yang tau apa. Impian lama yang xkan ku biar jadi impian semata-mata. Hanya doa yang menjadi pengiring setia. ''


Mode : Sangat emotional :(

January 12, 2011

Tiramisu

Mari buat tiramisu. Hoho.


Dah jadi & dah rasa baru boleh share resepi. Kalau xjadi, kem salam je la eh. Haha.


Sexy tak tiramisu i? 

Resepi ni dapat dari Busu Liza tersayang. Selama ni kalau nak makan, suruh dia je la yang buat. Tapi memandangkan dah duduk jauh di perantauan, terpaksa la mintak resepi. Huhu. Busu plak dapa resepi dari jiran depan rumah dia. Bagus kan sharing-sharing resepi. Bukan boleh bawak mati pon kalau jadi pelokek resepi. Duhh.. 

Tiramisu sedap
Resepi dari : My beloved Busu Liza

Bahan-bahan:

2 bekas/buku Mascarpone cheese (sy guna cap Tesco
Whipping cream 1 kotak kecil (sy guna 1 tube,cap Tesco)
2 kuning telur 
Gula - xde sukatan yang betul, ikut tahap kemanisan masing-masing
1 pek sponge fingers (cap Tesco gak)
1 sudu kecil nescafe
Fresh milk


Tesco xnak amek sy jadi duta ke?


Cara-caranya :


1. Campurkan Mascarpone cheese,gula (letak sikit dulu) dan whipping cream. Kacau dengan whisker.




2. Bila dah sebati, letak kuning telur.



3. Kacau lagi sampai sebati. Pastu rasa sikit tahap kemanisan adunan tu. Kalau x cukup manis, tambah lagi gula. Then kacau lagi sampai adunan mesraaaa...


4. Bila dah siap, letak tepi dulu adunan tu. Sekarang kita nak buat base Tiramisu ni plak. Amek fresh milk dan campurkan dengan nescafe. Kalau xde nescafe, boleh je beli susu kotak perasa nescafe.


Susu+nescafe
5. Pastu amek sponge fingers tu, rendamkan dalam bekas nescafe tu. Jangan lama, nanti hancus plak biskut tu.



6. Oh lupa. Sediakan bekas dulu. Kalau boleh biarlah bekas transparent. Baru la nampak keseksian tiramisu tu nanti. Then susun biskut tu mcm ni.



7. Lepas dh susun, scoopkan adunan cheese tu tadi. Bukan semua ye, sikit je. Cukup sekadar tutup lapisan biskut tadi.



 8. Then letak lagi sponge fingers yang dah di rendam tu kat atas adunan cheese tu. Buat sampai adunan tu habis tapi make sure adunan cheese tu mesti ada kat atas skali, bukan sponge fingers tu. Nanti ada yang sengal, letak plak biskut tu kat atas. Huhu.




9. Taraaa... Dah siap. Untuk lagi best, sprinkle kan cocoa powder kat atas tu. Kalau xnak pun xpe. Then simpan dalam fridge selama 2-3jam or semalaman.






PS : Ini resepi menggunakan kaedah campak & makan. Xde sukatan yang betul.

January 11, 2011

11.1.11

Cantik date ni. Tapi sayang, xde apa-apa occasion pon yang jadi time ni. Biarlah ia berlalu pergi begitu saja.


HAHA. Jiwang siot.


Tak de apa pon yang nak cerita sebenarnya cuma mcm saja je nak ada entry date ni. haha. sadis.


Korang ingat tak lagu & cerita ni?




Rugi besar kalau xpernah tengok cerita ni. Memang syok. Budak-budak dalam cerita ni SUPER DUPER CUTE. Rasa macam nak ada anak sendiri je. Opss, naluri keibuan ku dah sampai ke? Haha.


Layan cerita ni kat Youtube memang menceriakan hari ku. BEST!

January 8, 2011

Happy 1 Week New Year



Happy New Year & Selamat Menyambut Tahun 2011 to all.


Lambat 7 hari je. Hehe. Bila masuk tahun baru je semua mesti sebok nk buat azam tu la, azam ni la kan. 


Azam new year yang paling femes skali ialaaaaah : NAK DIET


Haha. Dulu rajin gak buat resolution macam tu tapi paling lama pun sebulan je yang tahan. Kena masak lemak cili api rebung, memang fail diet aku!


Untuk tahun baru ni, im unofficially 26. Bila umur dah sampai tahap macam ni, banyak benda yang kena pikir. Macam-macam la. 


Jadi untuk tahun baru ni, Nur Amirah Azhar sangat berharap agar hidupnya & keluarga di redhai oleh Allah SWT.


Kalau ikut nafsu manusia, macam-macam kita nak kan. Tapi bila pikir balik, hidaup dalam keredhaan Allah tu kunci pada semua kesenangan yang ada.


Kalau hidup saya di redhai, InsyaAllah saya tabah untuk tempuh segala onak duri ranjau (wah ayat!). Allah kalau sayang kita, Dia kena uji kita. Kan?


Dan kalau family kita pun dalam keredhaan Allah, of coz la kita pun happy skali kan. Ke ada yang jeles kalau adik beradik dia lebih bahagia dari dia? Jangan macam tu, not good (nada suara macam cakap dgn budak umur 5 tahun).


Ini saya belajar dengan datuk saya. Dulu hidup dorang sekeluarga susah. So datuk saya ni anak lelaki sulung, of coz la tanggungjawab tu macam besar jugak kan. Eh, datuk saya kembar tau :) Harap-harap la nnt saya dpt anak kembar. Haha. (eh, lari topik)


Pendek kan cerita, tiap kali lepas solat, atok mesti doa supaya adik-adik dia hidup lebih senang dari dia. Mula-mula tu macam pelik. 


'' Kenapa plak atok? Atok xnak ke lagi kaya dari dorg?'', si cucu (saya la tu!) bertanya


'' Tak payah la kaya, asal kan cukup makan pakai & tak merempat pun dah cukup bagus. Kalau adik-adik atok hidup senang dari atok, nanti mesti dorg x menyusahkan atok,kan?'', si atok menjawab dengan gigi palsunya.


HAHA baik punya alasan.


Atok sambung lagi..


'' Hidup datuk ni susah. Nak kena jaga mak ayah,adik-adik. So kalau dorg berjaya, hidup dorg senang. Sebab kalau hidup dia susah, mesti dia mintak tolong dekat atok kan. Atok ni keje cikgu je. Banyak mana sangat gaji cikgu. Jadi kalau atok x dapat nak tolong dorang nanti,lagi atok sedih. Atok cuma mintak dorg ingat pengorbanan atok. Tu je yang atok mintak '', explain atok lagi.


Hmm... Make sense jugak..


Start dari hari tu, saya buat yang sama macam mana atok buat untuk adik-adik dia. Saya doa untuk adik-adik saya. Saya happy kalau dorang berjaya. Sebab kalau dorang berjaya, mesti mak ayah saya happy. Tu je yang saya nak sebenarnya. Kebahagiaan mak & ayah.


Alhamdulillah, setakat ni adik-adik saya lebih berjaya dari saya & membuatkan saya juga happy :)


Kalau boleh saya nak yang terbaik untuk adik-adik saya. Sebab saya sayang dorang.


Tapi kalau time bergaduh tu, tarik-tarik rambut tu jangan cerita la. Haha. Lempang sana lempang sini. Jerit sana jerit sini. Dah macam kerasukan. Bila ingat balik time ktorg bergaduh, memang nak ketawa. Lawak.


Sekarang ni masing-masing dah besar dan tak lama lagi semua nak mulakan hidup baru dengan pasangan masing-masing. (opss, yg bongsu je lambat lagi..haha)


So, wish u all the best adik-adik ku sayang.




Mode : Saya sayang family saya!

January 7, 2011

"What's Hot is Gettin' Hotter" by CST & LYNDARAHIM KUALA LUMPUR

Hello hello semua.


Entry kali ni adalah untuk menyahut cabaran CST & LYNDA RAHIM KUALA LUMPUR(LRKL) .


Wah, cabaran apa tu? Haha. Anda diminta untuk menulis atau mengarang My Dreams 'Wedding' atau My Dreams 'Love Story' di blog atau di facebook notes.
So, saya pilih untuk mengarang di blog saya.


Tajuk yg saya pilih ialah (dah macam jawab karangan SPM plak dah..haha)


MY DREAMS WEDDING


Secara jujur, saya ada 2 impian perkahwinan (over siot!). Yang first dan paling utama skali ialah untuk melansungkan perkahwinan dalam zaman dulu-dulu. Macam yang CST pernah cover wedding dorg ni : Majlis Pengsohoran Raja Sehari
Memang masa first time tengok video ni, menjerit jap. Sebab dah ada orang buat dulu. Huhu.


Tak pe, this time saya nak cerita pasal impian yang kedua plak. 


UNDERSEA WEDDING


Tarraaaa... Impian nak kawin dalam laut tapi memandangkan saya ni tak pandai berenang dan taku nanti kalau saya berenang tak timbul-timbul plak, saya nak bawak konsep ni ke dalam dewan.


Ok, macam ni. Bayangkan satu dewan yang besar dan ada air-cond. Kiri kanan dewan tu ada marine aquarium yang besar & panjang. Dalam tu ada ikan-ikan yang comel dan jarang-jarang kita tengok. Ikan sepat & ikan kerapu x nak eh. Haha. Plus ada octopus (versi kecik je dah la) and udang-udang, kuda laut, tapak sulaiman & segala macam rupa batu karang yg cantik.


(untuk dapatkan gambaran, sila ke blog Kak Love ni klik sini . Sangat jeles dengan  aquarium dia)


Lighting : lighting dalam dewan tu plak sebijik macam dalam laut. Malap kebiru-biruan. Then tengah-tengah dewan kena ada chandeliers warna gold yg besar untuk mewakili bulan yang tersergam indah di tengah-tengah laut. Tapi lampu dari chandeliers tu pun xnak terang sangat. Sebab kalau dari dasar laut kan x nampak sangat cahaya bulan tu. Pastu dalam aquarium tu kena la ada lampu-lampu yang cun kan.


Hall deco : Lepas tu dekat aisle yang pengantin jalan tu, instead of bunga-bunga ros, saya nak gantikan dangan daun-daun yang menyerupai rumpai. Ala-ala macam ni


Pic taken from : http://www.clipartof.com/details/clipart/53458.html

Pastu sepanjang jalan untuk pengantin tu, saya nak tabur pasir, batu-batu kecik & cengkerang-cengkerang.Dapat bayangkan tak? Hehe.

Then deco untuk atas meja tetamu cuma ada candle bulat yg kecil dan di biarkan terapung-apung dalam bekas kaca lutsinar. Dasar bekas kaca tu letak batu-batu kecik warna-warni (yang macam jual dkt kedai ikan tu).

Meja dan kerusi semua warna putih. Then dekat kaki-kaki meja tu lilit-lilit la sikit daun (ala-ala rumpai) dan bunga-bunga kecik. 

Makan minum : Tetamu di hidangkan dengan makan-makan yang di datang kan khas dari laut sahaja. Ikan (segala jenis ikan), udang, sotong, ketam ,lala, kepah & ntah apa-apa ntah lagi la. Haha. Mewah gila kan. Say no to ayam masak merah, rendang daging and bla bla bla.. Pastu air lemonade akan di sediakan untuk membuang kolesterol-kolesterol lepas makan seafood tu. Baguskan!

Hiasan pelamin : Saya nak kerusi yang macam King Triton dalam katun The Little Mermaid tu pakai.

Lebih kurang macam ni la. Hehe

Keliling pelamin tu nak letak macam-macam jenis bantal yang berbentuk dolphine ke, shell ke, sea horse ke, tapak sulaiman ke, anything yg berkaitan dengan tema la.

(Kiranya macam saya & pasangan adalah King Triton and bantal-bantal tu dan tuan puan tetamu ialah rakyat jelata..hihi)

Pokok-pokok rumpai, cengkerang-cengkerang & pasir-pasir tu of coz la kena ada.

Ala-ala macam ni la kalau saya & pasangan duduk nanti :)


Baju pengantin : Warna putih. Sebab saya nak orang lain nampak saya je malam tu. Haha. Simple white dress with a looooooooong train. Konon-konon macam ekor mermaid la. Si pasangan pulak pakai white suit. Then untuk tiara saya, saya nak bentuk macam cengkerang. Kecik je,xnak besar-besar.

Doorgift untuk tetamu : Still lagi dalam bentuk shell. Bayangkan bekas compact powder yang ada cermin tu,tapi dalam bentuk shell. Dalam tu saya nak ukir nama saya & pasangan, tarikh majlis dan ''UNDERSEA WEDDING''. Tapi bukan la nak bagi compact powder. Haha.

Muzik latar : Bunyi air, ombak, ikan-ikan & dolphine. Ya allah. Tenangnya rasa.

Rasanya macam dah cover semua kan? So, end of the story.

Impian saya ni banyak di pengaruhi oleh kartun The Little Mermaid. Sampai sekarang saya & adik-adik sangat minat cerita ni. Kalau time kecik-kecik dulu berebut nak jadi Ariel. Haha.

Now nak cerita pasal hadiah. Kalau ada contest, mesti la ada hadiah kan. Kalau ada hadiah, mestilah mantop kan.

Hadiah untuk si pemenang ialah :

1 event full coverage by CST PRODUCTION (Majlis pernikahan / Persandingan / Pertunangan / Aqiqah / Birthday / etc... )

1 set wedding Dress Bride & Groom (worth RM4000++) by LYNDARAHIM KUALA LUMPUR.

Hadiah ini valid sehingga 1 Jan 2012 sahaja.

Hadiah boleh di tukar milik.



Woooo... Baju LRKL tuuuu... Event coverage by CST tuuuuu.... FREE plak tuuuuu... Gila la kalau sapa x nak. Hoho.

Dan.. Saya suka bila ada ayat ni ' Hadiah boleh di tukar milik '

Di sebabkan ayat tu la yang buat saya join contest ni.

Jika di takdirkan saya menang, hadiah-hadiah ni saya nak transfer kepada adik saya yang nak kawin nanti. Tapi tak tau la bila dia nak kawin. Hujung tahun ke, awal tahun depan ke, tak tau la. Huhu. Tapi hadiah ni valid sampai Jan 2012 je, pandai-pandai lah kau adjust eh. Haha

'' Nona, kak long xda duit untuk nak sponser wedding kau walaupun kak long teringin sangat nak buat macam tu. Kak long pun xda duit untuk nak tolong kau cukup-cukupkan apa-apa yang patut. Andai di takdirkan menang, memang rezeki kau kawin awal. Niat kak long cuma untuk happy kan kau je. InsyaAllah. Love u,sis ''


ps : untuk adik bongsu ku, kau jgn nak tacing-tacing eh knapa along bagi angah. blaja dulu baru kawin. haha. Love u too,sis 

Nona                            Adik 


Untuk pengadilan pulak, penceritaan yang menarik & voting dari pembaca.  70% daripada voting & 30% daripada Juri CST & LYNDARAHIM

Tarikh Tutup penyertaan
- 6 Jan - 20 Jan 2011 (Penyertaan)
- 21 Jan - 31 Jan (Online Voting)

Jadi, AFUNDI la saya seikhlas hati anda. TQ :)


Lastly, setinggi-tinggi penghargaan untuk CST Production & LyndaRahim Kuala Lumpur sebab angjurkan contest yang cambest ni. Ada rezeki buat lagi. Haha. Selamat maju jaya untuk dua syarikat gergasi ini. 


http://www.facebook.com/cstproduction


http://www.facebook.com/LYNDARAHIMKUALALUMPUR