Pages

February 14, 2013

Ikan Siakap Sweet Sour with Kerabu Mangga



Ok ni nak share resepi best family aku. Haha. Sebenarnya bukan resepi apa pun cuma main combine dua jenis dish. Ikan Siakap Masak Merah & Kerabu Mangga. 

1 ekor ikan bawal-dilumur garam n kunyit atau dilumur garam dan sedikit tepung jagung.
3 biji bawang merah-ditumbuk

1 ulas bawang putih-ditumbuk
1 in halia-dihiris panjang2
1 biji tomato-dipotong dadu
1/2 biji cili capsicum-dipotong dadu
1/2 biji bawang besar-dipotong dadu
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1/2 lobak merah-dipotong dadu
sedikit nenas-dipotong dadu
sedikit garam dan gula secukup rasa
Cara-cara

Ikan yg dilumur tadi digoreng hingga garing sedikit. Ketepikan.
Tumis bawang yg ditumbuk, halia dan bawang besar.
Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau. Masukkan tomato, cili capsicum dan sayuran lain. Masukkan sedikit air jika terlalu pekat.
Biar mendidih, masukkan garam dan gula. Angkat dan tuang atas ikan yg digoreng tadi.


Untuk kerabu mangga plak

2 biji mangga muda
2-3 biji bawang kecil
Cili padi
Udang kering
Kacang goreng (tumbuk sikit)
Gula
Sos Ikan Thai (Nampla Sos)

Parutkan mangga. Gaul dgn bawang & cili yang dah dipotong kecil. Masukkan udang kering. Yg ni optional. Pastu masukkan sos ikan & sedikit gula. Rasa & tambah la apa-apa yang patut. Then masukkan kacang. Siap!

3 comments:

Anonymous said...

This paragraph will help the internet visitors for setting up new web site or even a weblog from start to end.


Feel free to visit my page :: acoustic guitar a chord

Lyza said...

woowoo..sedap nih..peberet den..

balqyys jasni said...

ASSALAM:)
already follow ur blog,hope u can follow mine tu :D salam perkenalan..