Pages

August 1, 2011

Julai yang suram, Ogos yang penuh barakah

Salam Ramadhan buat semua.


Diam tak diam, dah masuk bulan Ogos, bulan Ramadhan yang penuh barakah. Julai meninggalkan saya dengan seribu satu kenangan.


Atok kesayangan telah menyahut panggilan Ilahi akibat cancer paru-paru. Sumpah, kami tak tahu menahu tentang penyakit ni sampai la dia di masukkan ke hospital.


Hari ni genap seminggu pemergian Atok. Hati masih belum dapat terima lagi apa yang berlaku. Begitu mudah mulut melafazkan kata 'redha' tapi hati masih berdegil.


Tanggal 26 Julai 2011, insan bernama Mohd Ali Bin Mohd Nor meninggalkan kami buat selama-lamanya. Atok meninggalkan rumah pada 12 Julai 2011 untuk ke hospital dan pulang ke rumah pada 26 Julai 2011 dengan menaiki kereta jenazah tepat jam 4 petang. Hati ibarat di tikam saat melihat kereta jenazah masuk ke perkarangan rumah. Pedih. Sakit.


Air mata yang di tahan sejak tengahari terhambur jua. Ya allah ya allah ya allah. Hanya 15 minit atok berada di rumah bersama kami. Tepat jam 4.15 petang jenazah di bawa ke masjid untuk di mandi & di kafan kan.


Sayu hati melihat hampir separuh yang memenuhi ruang solat sewaktu memakmumkan solat jenazah. Alhamdulillah. Jenazah terus di bawa menaiki van untuk ke tanah perkuburan. Segala-galanya berlaku dengan pantas. Saya sendiri tidak dapat melihat jenazah di turunkan ke liang lahad dan hanya dapat melihat ketika kubur telah hampir separuh di kambus.


Alhamdulillah syukur ke hadrat mu, Ya allah. Begitu lancarnya perjalanan atok untuk menghadap Penciptanya.


12/7/2011 (selasa) - Atok di masukkan ke Damai Hospital akibat kepayahan bernafas.
13/7/2011 (rabu) - Hasil x-ray memdapati ada ketumbuhan pada paru-paru kanan atok.
14/7/2011 (khamis) - CT Scan mengesahkan yang atok menghadapi cancer paru-paru tahap 2
15/7/2011 (jumaat) - Penyakitnya terpaksa dirahsiakan demi untuk kesihatan dirinya sendiri
16/7/2011 (sabtu) - Kesihatan sedikit improved, selera makan ada walaupun sikit
17/7/2011 (ahad) - Doktor mengesyorkan untuk ke Hospital Selayang kerana kekurangan alat
18/7/2011 (isnin) - Atok di pindahkan ke Hospitak Selayang
19/7/2011 (selasa) - Morphine diberi untuk mengurangkan kesakitan
20/7/2011 (rabu) - Cancer merebak dengan cepat.Sudah di tahap 4. Dos morphine ditambah
21/7/2011 (khamis) - Infeksi otak & hati. Begitu cepat 'ia' merebak
22/7/2011 (jumaat) - Mula meracau, dos morphine ditambah
23/7/2011 (sabtu) - Sepanjang hari meracau,memanggil org yg telah tiada. Keadaan tenat
24/7/2011 (ahad) - Mata terpejam rapat & tiada reaksi darinya. Ibarat koma.
25/7/2011 (isnin) - Masih tidak sedarkan diri. Keadaan nazak
26/7/2011 (selasa) - Pagi : Drip dicabutkan dari badan atok. Badan dah cannot accept
                             Tengahari : Jam 12.55, atok menghembuskan nafas dgn tenang
                             Petang : Jam 5.20, selamat di kebumikan


Rasa macam tak percaya. Rasa macam mimpi. Namun itulah hakikat yang harus di hadapi. Atok di pinjamkan oleh Allah SWT kepada saya hanya untuk 26 tahun sahaja. Tak lebih tak kurang. Itu janji-Nya. 


Walaupun hakikatnya atok sudah tiada namun dia masih dekat dalam hati saya. Tetap setia disana. Tak berganjak. Tutur kata yang terniang-ngiang, gerak laku yang terbayang-bayang. Segalanya tak mungkin terpadam.








                                   2 Julai 2011 - Celebrate birthday mak


                                   Kegembiran yang terakhir kali-2 Julai 2011


Atok, pemergian mu takkan mengubah apa-apa. Semuanya tetap sama seperti selalu. Cuma yang tiada hanya jasad mu. 


Ya allah, kau ampunkan dosa-dosa datuk seperti mana kau ampunkan dosa-dosa hamba mu. Tempat kan dia bersama-sama golongan yang soleh & para ambia'. Sesungguhnya kami terima ketetapan mu ini dengan redha.


Al fatihah.


1 Ramadhan kini menjelang. Mengharapkan sinar dari Mu, ya Rabb.



2 comments:

SiMply NaD'Honey said...

mira...aku bacer post ko kali ni sgt sedih...aper2 pun aku harap ko akakn sentiaser kuat...di bulan baik ni perbanyakkan berdoa utknya juga...moga2 atuk ko ditempatkan dikalangan org2 yg soleh....amin...aper2 pun selamat berpuasa buat ko and family ko k beb

Unknown said...

one day, sy juga akan mengalami perasaan seperti kamu...skrg nenek sy dah 85, tp still lg sihat..kitorg membesar bersamam nenek dr kecik sampai skrg..kalau dia x der nanti, x tau mcm mana nak ckp...tp sy penah mengalami kehilangan berturut2 dlm masa setahun...1st, arwah nenek sebelah ayah...beberapa bulan pakcik sebelah ayah...beberapa bulan kemudian, arwah ayah sy sendiri... :)..dan, tahun lepas kami kehilangan lg pakcik tersayang yg sebelah mak, yg jugak sama2 membesar bersama kami..akibat demam panas..dahla kami keluarga kecik, skrg tinggal nenek sebelah mak dgn mak jer n kami 5 beradik :)....sabar redha jer yg kita mampu