Pages

August 26, 2011

Sepurnama

Sebulan berlalu. Lagi berrapa hari lagi je nak raya. Sumpah cakap, memang saya (or mungkin kami) tak ada mood untuk beraya seperti tahun-tahun sebelumnya. 


Ye. Masih lagi pasal atok. Semuanya pasal atok. Sebab apa? Sejak saya celik je mata sampai pejam balik mata, semuanya pasal atok. Dari kecik lagi, saya & adik dijaga oleh atok & nenek bila mak ayah ke pejabat.


Bila pagi, mak hantar kami ke taska. Makan tghari di sana & bas akan ambil kami untuk ke sekolah. Mak tak nak menyusahkan atok nenek walaupun jarak antara taska & rumah atok sekangkang kera je.


Saya cucu yang paling banyak songeh. Beberapa hari sebelum masuk Darjah 1, saya jatuh basikal. Tertumus muka dekat jalan tar kerikil tu. Meleleh-leleh darah. Kelam kabut atok nenek datang. Nenek tak sempat pun pakai tudung. Sempat capai towel good morning je. 


Saya juga cucu yang cerewet dalam bab makan. Eh, dulu saya kurus ye. Bukan macam sekarang. Haha. Aunty taska tu selalu masak lauk susu & ikan goreng. Saya tak suka. Wekk. Apa tu lauk susu? Masak lemak putih la. Haha. Aunty tu garang. Dia tak bagi saya memilih makanan, dia kata kalau nak makan, makan semua kalau tak, tak payah makan. Jadi kalau tak makan tu saya naik la bas ke sekolah dengan perut kosong. Tapi kalau ada akak yang bai tu, dia bagi saya makan sorok-sorok dekat dapur. Dapat ikan goreng & kicap jadi la.


Sampai je sekolah, sementara tunggu loceng bunyi, saya pegi kantin untuk call atok.


'' Hallo atok. Hari ni taska masak lauk susu lagi. Kak long lapa la. Tak makan pun tadi.''
'' Laa haii.. Tak pe nanti rehat atok datang.''


Happy nya rasa tak terkira walaupun dah tau nanti bila balik rumah kena marah dengan mak. Jadi masa lunch tu tak payah la nak berebut dengan budak lain beli makanan kat kantin. Kadang-kadang lagi beberapa minit nak rehat saja je jenguk ke luar tingkap, dah nampak dah atok duduk dekat bangku kantin bersama mangkuk tingkat. Seronoknya rasa :D


Bukan apa sangat pun yang atok bawak. Kadang-kadang megi kari, nasi dgn ayam kicap & yang paling penting atok bawak 2 bekas. Untuk kawan saya skali. Haha. Bangga gila ajak kawan rehat sekali.


'' Awak, hari ni datuk kita datang. Awak rehat la dgn kita sekali. Dia ada bw makanan,''


Atok siap bawak sudu yg dh balut dgn tisu ala-ala macam dekat kedai. Kelesss kan!! Part paling best bila habis makan, mintak duit dari dia sebab nak beli keropok lekor la, air la, jajan la apa ntah la. Orang tua tu bagi je. Tunggu la sampai rehat habis. Bila loceng bunyi je, salam atok then berlari masuk kelas. Sampai depan kelas. berhenti jap toleh kat dia, lambai kat dia. Dari tingkat nampak la dia mengemas mangkuk tingkat tu dan berjalan tengah panas untuk balik rumah.


Nampak kan bertapa rapatnya saya dengan dia. Cucu sulung la katakan, tu yang mengada lebih. Tapi sampai Darjah 2 je saya menyusahkan atok, lepas tu tak dah. Bila masuk Darjah 3 tu dah jadi senior la untuk sessi petang. Malu la ada org datang bawak bekal. Haha.


Saya juga cucu yang paling banyak penyakit. Disahkan menghidap jantung berlubang lepas beberapa bulan dilahirkan. Tapi bukan spesis yang kronik ye. Maintain je. Tapi bila Darjah 4, IJN suruh operate. Alhamdulillah sekarang dah ok. Atok nenek risau lagi. Lama gap lepas tu demam denggi la plak. Masuk hospital pulak. Bila dah besar ni, operate appendix pula kat Sabah. Seberang laut sana. Risau lagi atok. Nenek dah tak ada, meninggal masa saya Darjah 5 akibat kanser.


Saya adalah cucu yang banyak buat dia mengurut dada sebab risau. Risau apa? Perjalanan hidup saya tak selancar macam orang lain. Lepas SPM tak dapat IPTA, masuk IPTS kat JB, lepas 1 sem, dapat offer dekat IPTA (poli). Peringkat sijil je. Bila habis tu, orang lain dapat sambung Diploma, saya tercicir lagi. Atok risau lagi. Lepas 1 sem, saya baru dapat offer tapi kali ni dekat Sabah. Jauh la pulak, atok urut dada lagi. Habis diploma saya, saya menganggur beberapa bulan. Atok urut dada lagi. Then dapat pulak sambung degree di UIA, atok lega. Lepas beberapa sem, saya berhenti atas beberapa sebab yang saya je tau kenapa. Atok risau lagi. Saya menganggur lagi. Lagi lagi dan lagi. Atok geleng kepala & risau. Saya dapat kerja, atok lega. Kejap lepas tu saya berhenti, risau lagi. Saya ke Scotland, atok risau. Tapi atok bangga sebenarnya cerita dekat orang yang cucu dia ni pegi Scotland! Jadi nanny je pun sebenarnya! Haha. Lawak. 


Tapi... Alhamdulillah! Hujung-hujung hidup atok, dia tau yg cucu-cucu dia semua berjaya. Walaupun dia tak nampak. Saya dah dapat kerja & sambung belajar, nona dah nak kawin, adik lagi beberapa tahun habis belajar kat maktab perguruan. Nurul nak habis degree dah, hafiz dah sambung belajar, geeha dah nak SPM dan hanis makin besar & BESAR! Haha.


Saya bersyukur di sebalik kegagalan saya tu, saya banyak kenaangan dengan dia. Bawak dia pegi bank ambil duit pencen, pastu pow la dia makan KFC. Lepak Secret Recipe ke mana-mana la. Makan berdua dan yang pasti dia la yang bayar. Haha. Kenangan ok!


Bawak dia gunting rambut setiap 19hb. Jangan tak percaya, dia ada date yang fix untuk pontong rambut. Kadang-kadang bising suruh bawak dia pegi kedai mamak nak gunting rambut sebab dah 21hb. Layan kan aje!


Lepas tu bila keadaan dia dah agak lemah, saya tak ikut balik kampung. Kena temankan atok. Mula-mula tu rasa sedih la jugak. Lama-lama ok dah. Ingat lagi pengalaman tahun pertama beraya dengan atok kat KL. Dia nak makan mee kari, boleh pulak dia pegi Giant beli segala bahan-bahan buat mee kari beserta ayam seekor bulat tanpa potong bawa balik rumah. Umur 20 tahun mana reti potong ayam! Mak selalu beli ayam dah siap potong. Terus call mak kat kampung, menangis!!! Geram sangat masa tu. Tapi mak ajar jugak, buat la mee kari tu. Kau gila makan sorang tapi mee kari seperiuk. Haha. Mana reti bajet. Bila tahun berganti tahun, saya makin bijak! Ajak je atok makan luar. Bebassss!!!


Ish panjang la kalau nak cerita pasal atok ni. Senang cerita apa je yang berlaku dalam hidup saya, mesti ada kaitan dengan dia. Sebab tu saya susah nak percaya yang dia dah tak ada. Setiap hari melayan kerenah dia, berebut TV & remote control, bercakap & bercerita membuat saya rindu akan runtin-rutin tersebut. Bukan tak redha tapi belum sesuaikan diri.


Jadi dah faham kan kenapa susah untuk kami yang tinggal serumah ni nak tukar rutin kami. Jangan tanya mengapa saya 'bercakap' dengan atok dalam FB saya kerana tiap masa hati saya sentiasa 'bercakap' dengan dia. Cuma tak salahkan sekali sekala nak berkongsi apa yang 'dicakapkan' dengan atok.




                                   Ni la nenek & atok. Baju merah tu saya :)




                                            Raya 2010 - Dengan cucu



Raya 2010 - Perfect family! We miss u nenek :(


Raya Haji 2010 - Gambar dikirim buat saya yang jauh diseberang. Suka tengok dia senyum ceria macam ni. Susah dapat tau :)


I MISS YOU SO MUCH!!!

T_T


* saya pohon sesiapa yang membaca entry kali ini untuk sedekahkan Al-Fatiha untuk atok & nenek saya. teima kasih & semoga Allah merahmati kalian.

August 15, 2011

Rindu

Mataku rindu untuk melihat tubuh tua mu
Mulutku rindu untuk berbicara dengan mu
Bibir ini rindu untuk mengucup pipi kedut itu


Tangan ini rindu untuk menyediakan santapan mu
Jari jemari ini rindu untuk mengurut sendi-sendi tua mu
Tubuh ini rindu untuk mendakap tubuh tua itu


Kaki ini rindu untuk ke kedai membeli keperluan mu
Kaki ini rindu untuk ke kedai membeli makanan kegemaran mu
Kaki ini rindu untuk mengiringi mu ke sana ke mari


Rindu
Sungguh aku rindu
Rindu kehadiran mu disisi


Al fatihah
Tgh YM dgn atok masa dkt Glasgow 


Mohd Ali bin Mohd Nor
29 Oktober 1928 - 26 Julai 2011
Hospital Selayang, 1250 hours
3 minggu tanpa mu :(

August 9, 2011

Mari berkungfu

Salam Ramadhonnnn (tekan dalam-dalam sikit ye..haha)


Kali ni kita main masak-masak lagi. Mari berkungfu di dapur.


Kueytiaw Kungfu


Bahan-bahan:


Bahan A
Kueytiaw
2 biji telur
Serbuk lada hitam
Serbuk lada putih
Garam


Bahan B
Ayam/Daging/Udang/Sotong (ikut suka korg)
Carrot (ikut suka gak nk potong mcm mana)
Kobis bunga (potong kecik-keci)
Baby corn (potong serong)
Sawi
Sos tiram
5 batang cili padi (diketuk)
3 ulas bawang putih (diketuk)
1 sudu tepung jagung (dibancuh dgn air)


Cara-cara :
Bahan A


1. Pecahkan telur dalam glass/mug/teko kecik. Tambah garam, serbuk lada putih & lada hitam. Kemudian masukkan kueytiaw sehingga penuh 3/4. Jangan terlampau banyak nnt tak tersalut plak dgn telur tu.




2. Panaskan minyak yang sikit dalam kuali. Then curahkan kueytiaw tu dan ratakan.




3. Balik-balikkan kueytiaw tu sampai kedua-dua belah masak dengan betul & garing. Keluarkan dan ketepikan.




Bahan B


1. Tumis bawang putih & cili padi sampai keperang-perangan (minyak sikit je). Masukkan udang (atau apa pun yg korg suka) dan goreng lagi.




2. Letak air serta bancuhan tepung jagung tadi. Masukkan sayur-sayur, sos tiram, lada putih, lada hitam serta garam. Kalu nak kuah banyak, tambah air & kalau nak pekat tambah tepung jagung lagi. Jangan terus letak tepung jagung tu direct dlm kuah tu, bancuh dulu dalam air. 




3. Bila sayur dh lembut, rasa pun dah mantop, curahkan kuah tu kat atas kueytiaw tu. Siap! Kalau kurang pedas, tambah cili potong. Nyum3




Makan sampai licin!!!




Sekian itu sahaja :)


Kueytiaw ni fav atok tau, suka sgt dia makan. 

August 4, 2011

Kerabu Telur

Meh cerita pasal resepi plak. Sapa penah makan Kerabu Telur?
Mesti jarang kan? Haa, ni nak share resepi ni. 


Kerabu Telur


Bahan-bahan:
Tomato (dipotong dadu)
Kacang botol (dihiris nipis)
Timun (potong dadu/potong berbaji)
Cili padi (hiris-hiris)
Daun ketumbar (hiris-hiris)
Salad (racik-racik je)
Limau kasturi - amek jus dia je
Sos ikan (sos nampla-produk thai)






Bahan utama : Telur mata yang dah siap goreng then potong kecik-kecik


Sedia kan bahan-bahan seperti gambar ni
Telur mata yg dah di carik-carik


1. Sediakan bahan-bahan seperti di atas. Telur mata tu paling penting kena goreng garing dua-dua belah. Then gunting kecik-kecik or carik-carik kan dia.


2. Bila nak makan baru campurkan ke semua bahan di atas. Campurkan dengan perahan limau serta sos ikan (sos nampla-thailand punya). Tak payah letak garam dh sebab sos ikan tu dah masin.


3. Siap! Senangkan? Hehe


Siap untuk dibaham!

August 1, 2011

Julai yang suram, Ogos yang penuh barakah

Salam Ramadhan buat semua.


Diam tak diam, dah masuk bulan Ogos, bulan Ramadhan yang penuh barakah. Julai meninggalkan saya dengan seribu satu kenangan.


Atok kesayangan telah menyahut panggilan Ilahi akibat cancer paru-paru. Sumpah, kami tak tahu menahu tentang penyakit ni sampai la dia di masukkan ke hospital.


Hari ni genap seminggu pemergian Atok. Hati masih belum dapat terima lagi apa yang berlaku. Begitu mudah mulut melafazkan kata 'redha' tapi hati masih berdegil.


Tanggal 26 Julai 2011, insan bernama Mohd Ali Bin Mohd Nor meninggalkan kami buat selama-lamanya. Atok meninggalkan rumah pada 12 Julai 2011 untuk ke hospital dan pulang ke rumah pada 26 Julai 2011 dengan menaiki kereta jenazah tepat jam 4 petang. Hati ibarat di tikam saat melihat kereta jenazah masuk ke perkarangan rumah. Pedih. Sakit.


Air mata yang di tahan sejak tengahari terhambur jua. Ya allah ya allah ya allah. Hanya 15 minit atok berada di rumah bersama kami. Tepat jam 4.15 petang jenazah di bawa ke masjid untuk di mandi & di kafan kan.


Sayu hati melihat hampir separuh yang memenuhi ruang solat sewaktu memakmumkan solat jenazah. Alhamdulillah. Jenazah terus di bawa menaiki van untuk ke tanah perkuburan. Segala-galanya berlaku dengan pantas. Saya sendiri tidak dapat melihat jenazah di turunkan ke liang lahad dan hanya dapat melihat ketika kubur telah hampir separuh di kambus.


Alhamdulillah syukur ke hadrat mu, Ya allah. Begitu lancarnya perjalanan atok untuk menghadap Penciptanya.


12/7/2011 (selasa) - Atok di masukkan ke Damai Hospital akibat kepayahan bernafas.
13/7/2011 (rabu) - Hasil x-ray memdapati ada ketumbuhan pada paru-paru kanan atok.
14/7/2011 (khamis) - CT Scan mengesahkan yang atok menghadapi cancer paru-paru tahap 2
15/7/2011 (jumaat) - Penyakitnya terpaksa dirahsiakan demi untuk kesihatan dirinya sendiri
16/7/2011 (sabtu) - Kesihatan sedikit improved, selera makan ada walaupun sikit
17/7/2011 (ahad) - Doktor mengesyorkan untuk ke Hospital Selayang kerana kekurangan alat
18/7/2011 (isnin) - Atok di pindahkan ke Hospitak Selayang
19/7/2011 (selasa) - Morphine diberi untuk mengurangkan kesakitan
20/7/2011 (rabu) - Cancer merebak dengan cepat.Sudah di tahap 4. Dos morphine ditambah
21/7/2011 (khamis) - Infeksi otak & hati. Begitu cepat 'ia' merebak
22/7/2011 (jumaat) - Mula meracau, dos morphine ditambah
23/7/2011 (sabtu) - Sepanjang hari meracau,memanggil org yg telah tiada. Keadaan tenat
24/7/2011 (ahad) - Mata terpejam rapat & tiada reaksi darinya. Ibarat koma.
25/7/2011 (isnin) - Masih tidak sedarkan diri. Keadaan nazak
26/7/2011 (selasa) - Pagi : Drip dicabutkan dari badan atok. Badan dah cannot accept
                             Tengahari : Jam 12.55, atok menghembuskan nafas dgn tenang
                             Petang : Jam 5.20, selamat di kebumikan


Rasa macam tak percaya. Rasa macam mimpi. Namun itulah hakikat yang harus di hadapi. Atok di pinjamkan oleh Allah SWT kepada saya hanya untuk 26 tahun sahaja. Tak lebih tak kurang. Itu janji-Nya. 


Walaupun hakikatnya atok sudah tiada namun dia masih dekat dalam hati saya. Tetap setia disana. Tak berganjak. Tutur kata yang terniang-ngiang, gerak laku yang terbayang-bayang. Segalanya tak mungkin terpadam.








                                   2 Julai 2011 - Celebrate birthday mak


                                   Kegembiran yang terakhir kali-2 Julai 2011


Atok, pemergian mu takkan mengubah apa-apa. Semuanya tetap sama seperti selalu. Cuma yang tiada hanya jasad mu. 


Ya allah, kau ampunkan dosa-dosa datuk seperti mana kau ampunkan dosa-dosa hamba mu. Tempat kan dia bersama-sama golongan yang soleh & para ambia'. Sesungguhnya kami terima ketetapan mu ini dengan redha.


Al fatihah.


1 Ramadhan kini menjelang. Mengharapkan sinar dari Mu, ya Rabb.