Salam semua. Hari ni nak kongsi resepi ayam masak merah yang best & senang.
Resepi Ayam Masak Merah
Sumber : My Resepi & telah di alter sikit
Bahan- bahan :
1/2 ekor ayam
sedikit kunyit
Bahan kisar :
4-5 batang cili kering
1-2cm halia
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar / 3 biji bawang merah
sebiji tomato
1/2 cawan tomato sos (or ikut suka nk brapa byk-bergantung selera)
Cara-caranya :
1. Goreng ayam yang telah di lumur dgn kunyit sehingga 2/3 masak. Jgn goreng garing-garing, nanti keras. Asingkan.
2. Tumis bahan-bahan kisar td sehingga agak pekat. Tambahkan sos tomato serta sedikit garam & gula.
3. Bila kuah semakin pekat, masukkan ayam dan gaul serata. Untuk bau & rasa yang lebih sedap, tambah kan daun ketumbar dan gaul.
4. Siap. Boleh makan dengan nasi minyak & papadom.
May 27, 2011
May 8, 2011
Happy Mothers Day
Happy Mothers Day, mak. Kitorg semua sayang mak. Kak long pun sayang mak. Thanks for everything. Every day is your day. You are the greatest mum in the whole wide world.
-DOA UNTUK IBU BAPA-
Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin..
Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu
hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita
menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. ..
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang
memperdulikan dan mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya
didahulukan didunia ini.
Ayah... Mak ampunkanlah dosa-dosa anakmu...
taken from http://halaqah.net/v10/
Labels:
familia
Subscribe to:
Posts (Atom)