Pages

April 19, 2012

Sebulan di pulau

Lamaaaaaa nya tak update!!
Sekali update tajuk dah ala-ala berdebar plak kan.
Sebulan di pulau? Huuuuuuu.. Sedih kan?

Tapi jangan risau, setakat ni iols belum dipulaukan lagi. Kawan-kawan semua sayang kan iols. Bahahahaha.

Alright. Back to our business. 

Sebenarnya semalam dah genap sebulan aku duduk dekat Labuan. Labuan? Ye, Wilayah Persekutuan Labuan. Jauh betul aku merantau untuk cari rezeki. Dah nak buat macam mana kan, tu yang dah ditakdirkan Allah. Dengan senang hati aku terima. Lagipun memang aku ni suka merantau. Kenal-kenal org baru, budaya baru, bahasa baru dan BF baru. Eh! Haha. Soalan yang sangat cepu emas. Sangat berdebar aku bila org tanya bab bila kawin tu. Heeeee.



So, 19 Mac 2012 terbang la aku ke tempat yang dah di tetapkan. Berkecamuk rasanya. Excited ada, takut ada,nak nangis ada. But as usual la kan, ahkak tetap maintain! Tapi bila lambai dekat mak & ayah dkt LCCT tu, sangat rasa sedih ok! Sumpah tak tipu. Sebab teringat atok. Masa pegi Scotland dulu, lambai mcm tu la gak. Semua ada. Tapi lepas balik 2 bulan, atok meninggal. 2nd reason plak. lepas atok meninggal, ni la first time aku tinggalkan mak sorg-sorg dekat rumah. Ye la, sbelum ni kan aku ni penganggur tegar. Tapi im happy sebab dapat spend masa dengan mak & ayah.

Semua feeling tu bercampur. Memang lepas lambai mak tu, dah tak pandang belakang dah. Kuat, kena kuat. So lepas 2jam 30min naik flight yang ditaja oleh syarikat (harus tu nak bagitau flight kena sponser. Haha), sampai la aku kat sini.


Sampai je airport, amek bag aku yang besar gedabak tu than terus la cari driver yang dah ditugaskan amek aku. Kelasssss kan ada driver? Bahahahahaha. Pastu terus la pegi report duty, buat check up, amek barang-barang & last skali dorg hantar ke staff house. Buat bulan pertama ni, staff baru dapat duduk staff house. Lepas sebulan tu pandai-pandai la kau cari rumah kan. Jangan sampai kena sepak bontot plak. Haha.

This was my first time in Labuan. Flight transit x dikirakan? Ye la, bukannya aku dapat jejak tanah Labuan pun. Haha. So far, Labuan ok. A small town. Peaceful. Aktiviti malam tak de apa pun melainkan untuk ke pub je la. Dekat sini pukul 10pm aku dah tido dah. Office hour start pukul 7.30am-4.30pm

Tiap minggu aku akan ke Kota Kinabalu sebab adalah la sebabnya kan. Haha. Jadi apa transport ke sana? Flight? Adaaa tapi mahal la kan. Feri? Adaaa tapi limited time. Jadi aku naik la ini..



Speed boat!! Yang terjungkit tu. Hahaha. Pengalaman yang sangat sangat berharga. Kalau atok ada lagi ni memang tak senang duduk orang tua tu. Bayar RM15 dalam masa 15min-20min, sampai la ke Menumbok. Pastu naik la teksi dalam 2jam 30min untuk ke KK. 

Aku sebenarnya bangga sebab dipilih untuk belajar hidup susah & berdikari. Tak semua boleh tahan ulang-alik naik transport macam ni. Yang paling tak boleh nak lupa, masa tu dari Menumbok nak ke Labuan. Ombak besar sebab baru lepas hujan. Ya allah, melompat-lompat bot aku. Mengucap tak habis-habis. Bila-bila masa je kalau Allah nak tarik nyawa pun dia dia boleh. Pengalaman lain pulak, tengah-tengah laut boleh pulak boat aku habis minyak. Tak ke kerja gila tu? Haha. Tunggu la pulak boat lain hantar minyak. Nasib coverage ada, kalau tak wassalam je la jawab nya.

Sekarang ni alhamdulillah, aku dah dapat rumah sewa yang dekat je dengan tempat keje. Walking distance je. Kena pandai jimat duit, so nanti bila balik KL adalah savingnya kan. Nak kawin pun senang dah. Eh. Haha. Orang-orang sini best, baik-baik semuanya. Yang paling penting dapat belajar suku kata baru. Hehe. Lain dari bahasa sabah sebab dorg ni ada campuran Brunei. Oh oh, nak pegi Brunei pun boleh. Naik feri je. Hebatkan? Hehehe.

Jadi harap-harap sangat la aku dapat kekal lama dekat company ni. InsyaAllah. Doakan yang terbaik.

p/s : Annual Leave saya 21hari. Hihihi.

No comments: