Pages

January 3, 2012

Wedding Nona : Katering

Salam All.


Sementara saya tengah free yang tak berapa nak free sangat ni, boleh gak update serba sikit berkenaan wedding nona (my sister). So dia nikah on 9 Dec 2011 bersamaan dengan hari Jumaat. Later cerita pasal nikah ye. Majlis sanding pula pada keesokkan harinya, pada 10 Dec 2011 di Dewan AU5, Lembah Keramat.


Sebenar-benarnya la kan, memilih katering yang baik untuk majlis perkahwinan adalah AMAT penting. Rasanya macam tak keterlaluan kalau saya cakap ia adalah ibarat tulang belakang untuk sesebuah majlis. Sebab kalau makanan dalam sesebuah majlis tu sedap, orang akan ingat sampai bila-bila. Tapi kalau makanan dalam sesebuah majlis tu rasa macam tak best, itu lagi orang akan ingat. 


Walau macam mana pun, semua ini bergantung dengan nasib. Kalau orang rekemen sesuatu benda tu bagus pada dia tapi bila pada kita benda tu jadi tak bagus, itu adalah ujian buat bakal pengantin & keluarga. Nanti saya akan ceritakan tentang rahsia macam mana untuk dapatkan majlis yang sempurna (pada mata kita & tetamu). InsyaAllah.


Ok lah. Tak nak bebel panjang. Family kitorang ni sebenarnya memang dah lama berurusan dengan Mazia Catering. Memang dah biasa sangat la order dengan dorang untuk majlis-majlis kecik macam doa selamat, tahlil arwah & jamuan hari raya.



Jadi hari ni, i would to introduce our official catering untuk event ni. 




Mazia Catering
Alamat : Lot 258-A, Batu 7 1/2, Jalan Hulu Kelang, 68000 Kuala Lumpur
Tel no : 03 - 4108 1054
Person in charge : Lydia 013-3869081
                            Jaja  016-6189022

Kami menggunakan khidmat Mazia Catering ini untuk Majlis Pernikahan & Majlis Persandingan dan kami juga mengambil pakej dewan. Untuk hiasan dewan, pihak katering hanya menyediakan hiasan scallop pada keliling dewan, meja & kerusi berserta alas 2 lapis, buffet table, scallop pada meja pengantin berserta fresh flower, kerusi makan pengantin & meja VIP. Mana kala yang selebihnya di uruskan oleh pihak yang lagi satu, Zaifie Zainal Creation. Untuk yang itu, nanti saya akan cerita kan pada next entry. InsyaAllah.

Apa yang paling saya jatuh cinta sekali masa di dewan tu adalah pondok buffet. Saya mengambil idea dari majlis Hunny Madu yang juga di uruskan oleh pihak Mazia Catering.



Excited sampai tak ingat nak ambil gambar full. Huhu. Nasib ada picture dari cousin. Tunggu la gambar dari photographer pulak, tu pun kalau ada la. Hehe.

Warna tema untuk dewan pada hari tu adalah pink & purple. Warna untuk alas meja ialah pink & putih. 

Ini adalah gambar untuk meja makan beradab. 


Dan ini pula adalah gambar dewan pada hari tersebut.


Dah habis tu kita cerita pula pasal menu.

Menu nikah (9 Dec) - Hi Tea
Laksa Johor
Nasi Ayam
Ubi rebus + sambal tumis ikan bilis
Kuih manis & pedas
Air teh tarik
Air limau

Menu sanding (10 Dec) - Lunch
Nasi Minyak
Nasi Putih
Ayam Percik Minang 'Style'
Daging Masak Hitam
Masak Lemak Nangka & Daging
Salad Telur + Sos
Sambal Belacan + Ulam
Buah-buahan
Acar Rampai
Air Anggur
Air Bandung

Menu Kopitiam - Luar Dewan
Keropok Lekor
Pisang Goreng
Air Teh Tarik
Air Kopi

Menu-menu semuanya biasa-biasa je tapi alhamdulillah menepati citarasa semua tetamu. Mak & ayah plan nak buat kopitiam a.k.a tempat lepak-lepak untuk mengurangkan kesesakan dalam dewan. Kopitiam ini juga di uruskan oleh pihak Mazia Catering.

Senang cerita memang kami sekeluarga puas hati la berkerjasama dengan pihak Mazia Catering. Terima kasih untuk Kak Lydia yang melayan saya & Nona yang cerewet ni. Hehe. 

All the best untuk Mazia Catering.

No comments: