Tahun ni ramai pulak kawan-kawan yang kawin. Adik pun kawin hujung tahun. Huhu. Aku pulak yang x tau bila. Ada aku kesah? Korg je yang kesah. Haha.Chill der, gua x kisah pun bila gua nk kawin. Ada ubi ada batas, ada budi boleh balas. Eh, salah pantun! Haha.
Korang ingat senang ke cari lelaki yg sesuai dengan jiwa aku *bajet hot. Aku ni cepat geli la bila tengok jantan-jantan poyo ni. Contoh, cakap HP kuat-kuat pastu cerita pasal projek juta-juta kau. Ada aku kesah ke? Geli doh! Lek-lek sudah. Dah tu masuk KLCC pakai shades. Kau gila ke hapa pakai shades dalam shopping mall. Meh sini aku patah-patahkan shades uptown kau tu.
Then ada plak yg pakai tshirt kolar ternaik, bukak butang, pakai rantai naga la daun ganja la. Rasa macam nak meninggal je tengok laki macam ni. Kalau ditakdir kan aku jalan sebelah laki mcm ni, pinjam plastik sampah boleh x kak kiah, nk buat sarung muka. Huhu.
Pastu yang bawak DSLR ke hulu ke hilir gaya acah-acah photographer. Abg photographer pun aku tgk dorg simpan DSLR dorg dlm bag, bukan sangkut kat leher. Bala bala. Kang dah habis trend, tah mana-mana ntah korg campak benda tu. Ye la, kan beli DSLR guna duit PTPTN.
Lagi, tak yah jiwang-jiwang sangat dgn aku boleh? Kak melah ni jiwa kental, x main la leleh-leleh ni. Romantik kasar-kasar ok la. Comel apa. Haha. Teringat ada mamat ni ajak aku dating tapi suruh aku pakai baju kurung. Kalau nak ajak g kenduri kawin tu xpe la, ni ajak aku g puduraya teman dia naik bas. Hamsua sgt kan kau! Saja nak memalukan akak!
Dah tu bila 1st time cakap phone dgn aku, xyah la nak tanya aku pakai baju tidur apa, tengah peluk bantal ke & yang paling xleh blah, jgn la tny aku pakai bra saiz apa! Gila apa kau ni. Aku x suka ah! First impression kau dh bikin spoil. Lagi satu aku memang paling benci bila tgk jantan teman gf/bini dia g pilih underware. Tapi kalau bini tu boleh la di terima gak, tapi kalau ada org lain kat area tu, kau blah la. Ni x, dia sama sebok pilih kaler apa, corak apa, eeee!! Nak je aku serkup kan muka kau dgn spender XXL. Ayah aku pun x pernah menyebok bila bini dia & anak-anak nk g beli underware. Tolong la jangan jadi laki macam ni. Pompuan pun sama, jgn nk gedik2 sgt boleh?
Huh! Emosi naga sangat aku bila cakap pasal topic ni. Haha. Kita sambung lagi.
Buat lelaki yg nk bergaya ala-ala exec tu, xyah la nak berlagak sangat guna iPad dalam wayang bang oi. Tengok plak cerita Nur Kasih The Movie. Tak KL la mcm tu. Hahahaha. Lastly, buat setakat ni la. Haha. Kau xyah la nak bangga sangat kalau kau tu join 3 line. Benci doh! Abang long sana, Ayahanda sini. Cait porahh. Aku ni KAK LONG ada aku kecoh ke? Tak kannnn. Hujung bulan je nak g Kedah, ada meeting dgn Ayahanda katanya. Gitu! Tu la, byk sangat tengok drama melayu la ni. Acah-acah gengster sgt kan!
Dan apa yang aku suka, lelaki yang cool. Cukup dgn pakai tshirt & shorts. Plus sandal. Ngam dah tu. Dan yang pandai sesuai kan diri dgn keadaan. Kalau kau g pasar malam pakai shades & bawak iPad mmg la nak kena. Haha. Kau nk g pasar malam ke nak g meeting. Mmg semua tu xsalah tapi sila la sesuai kan dengan keadaan. Sila la jadi jantan cool & rilex. Tak yah nak LV sgt. Tak yah nak my dad & my mum ajak i g holiday kat Paris, i tgh pk ni nak g ke x. Bullshit sgt kau ni! Cuba buat biasa, lepak pun kat mamak, dressing pun biasa-biasa, skali pakai kete Jaguar. Yg tu mmg la mak teruja. Haha.
Eh eh. Panjang la plak cerita kali ni. Nanti esok-esok sambung lagi eh. Tata
June 7, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
nyahh.. i suke post ni nyah.. i like!
Suka lah ngan blog nie ... :)
hahahahahahahahahahahahahah
yeah, same here. tak suka jugak jejantans poyo di luar sana.
baik duk diam2 dalam umah tengok bapak kita yang hari2 duk pakai short sama. tak pyo pun. ahaxs!~
Kih...kih...!!
Post a Comment