Pages

July 27, 2012

Semua ada hikmahnya


Dahulu, ada seorang Tok Penghulu dengan anaknya membela seekor kuda. Mereka amat menyayangi kuda itu. Satu hari, kuda itu terlepas dan terus lari ke dalam hutan berhampiran. Orang kampung yang tahu akan hal tersebut berkata kepada Tok Penghulu, 

"Kami simpati atas kehilangan kuda kesayangan Tok.Tentu Tok sedih.."

Sebaliknya,Tok Penghulu tersenyum lalu berkata, "Tak apalah.Mesti ada hikmahnya."

"Apa hikmahnya Tok?"

"Tok pun tak tahu. Tapi pasti ada hikmahnya."

Beberapa minggu kemudian, kuda kesayangan Tok Penghulu pulang semula dengan membawa beberapa ekor kuda liar. Orang kampung sangat kagum kerana sekarang bilangan kuda kepunyaan Tok Penghulu bertambah secara tiba-tiba. Sudah rezekinya.

"Tok bertuahlah.Untung." Begitulah kata mereka.

Tok Penghulu sebaliknya berkata, "Belum tentu lagi.Tapi Tok yakin tentu ada hikmahnya."

Anak lelaki Tok penghulu begitu gembira dengan kuda-kudanya. Setiap hari dia menunggang kuda kesayangannya sambil mengembala kuda-kuda liar yang lain. Entah bagaimana pada satu hari, anak Tok Penghulu itu jatuh daripada kudanya lalu tangan kanannya patah.

Orang kampung tahu dia adalah anak kesayangan Tok Penghulu. Mereka datang menziarahi anak Tok Penghulu yang terlantar. 

"Malang benar nasib tok. Baru dapat nikmat sekarang ditimpa bala pula," kata mereka.

Tok Penghulu tersenyum dan berkata, "Ini ujian Allah.Tentu ada hikmahnya."

Tidak lama kemudian, kampung mereka didatangi oleh pegawai-pegawai atasan tentera negara itu. Orang kampung semuanya bimbang kerana raja mereka memang terkenal zalim dan tidak berperikemanusiaan.

"Raja memerintahkan semua anak muda lelaki dikumpulkan! Negara memerlukan tentera tambahan untuk dihantar ke medan perang!" Arah ketua tentera.

Semua ibubapa kampung itu risau dan sedih terpaksa berpisah dengan anak-anak lelaki mereka. Para remaja lelaki dibariskan dihadapan ketua tentera, termasuk anak lelaki Tok Penghulu yang patah tangan itu.

"Kamu dikecualikan! Tidak ada gunanya membawa orang yang patah tangan!" Kata ketua tentera sambil menunding jarinya kepada anak lelaki Tok Penghulu.

Pada ketika itu, terngiang-ngiang kata-kata dari mulut penghulu mereka, 
"Mesti ada hikmahnya."

Segala apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Percayalah :)


*taken from other blog

July 25, 2012

Day 3 - Week 3

Sahur

Home made chicken mushroom patties + black pepper mushroom sauce

Resepi

1 bungkus ayam cincang
1 biji telur - dipukul dadar
Cendawan butang - hiris
Lada hitam - 1/2 sudu
Garlic powder
Garam

Gaulkan ayam cincang dengan cendawan. Letak lada hitam & garlic powder. Sementara itu, telur di pukul dadar & dicampur dengan garam. Gampurkan ke dalam adunan ayam tadi. Adunan akan jadi agak cair. Its ok. Panaskan non stick pan, letak sedikit minyak & bentukkan adunan tadi dengan bentuk bulat & terus letak ke dalam pan. Biar patties tersebut goreng dalam 3-5min. Grill sehingga keperang-perangan.

Resepi black pepper mushroom : sini




Yang ini pre baked punya. Jadi bila nak just grill kan je. Kalau tak pakai, simpan dalam fridge.

Anggaran carbs : 1.2g 


Iftar

Sup ayam + Cendawan goreng + Udang Goreng + Tamar

*makan dekat kedai je. Hoho

 Makan sebiji je ye.




Anggaran carbs : 7.5g

Total carbs : 7.7g

Day 2 - Week 3

Sahur


*makan ayam golek lebih masa berbuka semalam + mayonnaise. Lupa nak ambil gambar sebab mamai-mamai. Haha


Anggaran carbs : 1.1g


Iftar


Cheezy Mushroom Soup + Kerabu Ayam


Resepi Kerabu Ayam


Ayam panggang / goreng - disiat
Kacang panjang - potong kecil-kecil
3 biji cili padi - hiris
1 biji tomato saiz kecil - potong dadu
Bawang besar - hiris
Jus limau nipis
Sos ikan


Campur kesemua bahan. Kemudian letakkan sos ikan & jus limau. Sesuaikan ikut keadaan selera anda. Sos ikan tu adalah untuk pengganti garam.



Anggaran carbs : 2.5g

Resepi Cheezy Mushroom Soup


4 sudu mushroom soup dlm tin
Cendawan butang - di dadu
Sedikit butter
Parutan cheese untuk ditaburkan


Panaskan non stick pan. Cairkan butter & masukkan cendawan yang di hiris. Tumis sehingga agak masak. Masukkan 4 sudu mushroom soup berserta setengah cawan air. Kacau sup sehingga mencapai kepekatan yang diingini. Taburkan dengan parutan cheese. 




 Cheese jenis ni ada 0g carb. So apa lagi. Weehooo

Ni la mushroom soup saya. Memang kenyang.

Anggaran carbs : 5g

Total carbs : 8.1g

July 24, 2012

Perasaan


Hari-hari cerita pasal diet pun boleh jadi bosan gak kan. Lama tak mengarut dalam blog ni. Ramai yang tanya kenapa suddenly nak diet? Tak ada apa pun cuma saje je nak naikkan confident level dalam diri ni. Then bila nak kerja tu tak de la penat je rasa. Untuk stamina juga kan. Dah kalau badan besar, turun naik tangga pun dah rasa macam lari 10km (ok over la tu!) What else eh? Nak jumpa client pun confident la gak kannn.

Kurus untuk cari pasangan? Hmm.. bab tu memang tak terpikir. Tu dah memang jodoh. Kalau aku kurus macam lidi pun but still tak de jodoh nak buat macam mana kan. Cakap pasal jodoh ni memang takkan habis. Lagi-lagi bila umur dah remaja (erkkk) ni. Tengok la raya nanti, aku ni dah macam kaunter pertanyaan plak. Semua nak dok tanya aku.

‘Kakak nya bila nak kawin? Adik ni dah nak bersalin dah’

Hishhh biaq pi la adik aku dah nak bersalin ka apa ka. Dah rezeki dia kan. Caring sungguh la hangpa ni noh. Awat aku cakap utara ni? Haha

Sebenarnya la kan, soalan typical ni aku dah lali dah. Kalau ikut hati nurani suci murni ni, nak je aku record jawapan aku. So bila dorang tanya je, senang aku play je jawapan apa aku nak.

‘Tak dak ka hang berkenan kat sesiapa?’

Halo cheq. Op kos la aku ada berkenan kat mamat ni tapi nak buat lagu mana kalau dia tak berkenan kat aku. Hangpa boleh dok control-control hati & perasaan orang ka? (tengok. Cakap utara lagi.Hoh)

Macam ni la, setiap orang mesti nak rasa hidup berkeluarga. Siapa tak nak kan? Tapi benda ni semua bukan la terletak pada tangan kita. Kita ni mampu untuk merancang je. ALLAH yang tentukan segalanya. Sama ada aku ni berpeluang jadi seorang isteri ke tak, berpeluang jadi seorang mak ke tak, itu semua dah tertulis. Jadi jangan stresskan hidup dengan benda ni. But yes, sesekali tu rasa la juga stress bila dah tinggal aku je yang belum kawin. Sadis bukan. Tapi takpe, nasib my friends semua sporting. Husband dorang pun sporting. So tak de la terasa sangat terpinggir tu.

Korang semua tau kan yang my sister, Nona dah kawin & she is expecting her first baby in September. Orang semua tanya apa perasaan aku and bila orang dating je majlis dia semua dok pat my back and said ‘xpe, nanti ada la jodoh tu’

What the hell men? Come on la. Ni adik aku punya wedding kot. Setitik zarah pun tak de parasaan cemburu dalam hati ni. Sejujurnya, kalau aku mampu dari segala segi, aku akan buat yang terbaik untuk dia & Fira. Sampai masa kendiru tu pun, aku dok bz lagi dekat dewan. Tak mandi tak hape pon. Mak sampai nak menangis tengok aku. Haha. She is a drama queen u know.

Why? Kenapa aku buat macam tu? Sebab pada aku, seandainya aku tak di takdirkan ada pasangan, sekurang-kurangkan aku dah buat majlis kawin adik-adik aku sehabis baik. Aku anggap yang majlis tu adalah majlis kawin aku. Of coz majlis jadi perfect. Walaupun ada la cacat cela sikit but hey, mana ada majlis yang sempurna.

So, berbalik pada jodoh.  Sangat subjektif.  Tujuan berkahwin tu apa? Nak bersaing ke? Kau pakai Cosry aku plak nak pakai Hatta Dolmat. Contoh je hokkey. Siapa sentap aku lempang. Haha

As for me la kan, walaupun agak klise, aku nak sangat & berharap dapat suami yang boleh bimbing aku. Impian berimam kan suami sendiri dalam setiap solat, ajar aku segala-gala pasal hukum hakam Islam & segala-galanya. Macam dalam drama sangat kan but that is what I want. Pengalaman bercinta sebelum ni banyak mengajar aku. Aku takkan cerita pasal tu. Dorang semua pun dah bahagia dengan hidup masing-masing.

Sebenarnya apa yang aku cari? Entah la. Aku pun tak tau. 3 tahun hidup sendiri buat aku belum terbuka nak ada pasangan. Sebenarnya tak de sape pun yg approach. Hahaha. Well well well. Kualiti lelaki yang aku perlukan still lagi belum jumpa. Macam la aku ni berkualiti sangat kan. Haktuii. Haha. Sebab tu la aku cakap benda ni subjektif. Kau suka dia tapi dia suka kau. Dia suka kau tapi kau tak suka dia. Haaa tak ke haru. Tapi kalau ada jodoh tu, smooth je perjalanan tu. Kau suka aku, aku suka kau. Dah jom kawin. Macam tu la contoh dia. Aku tak nak kawin for the sake orang lain kawin, aku pun mesti kawin. Nanti rumah tangga yang huru-hara.

Siapa tak nak nama dia bertukar status kan. Puan Nur Amirah.  Semua pun nak tapi sekali lagi ini bukan kuasa kita. Jadi dari asyik bertanya ‘bila nak kawin’ baik doakan supaya dapat bertemu jodoh yang baik.

Kan dah mengarut. Asal cerita pasal lain dah cerita pasal jodoh plak. Haha.

Lastly,
Mak, seandainya  Allah takdirkan kaklong untuk hidup sorang, mak tolong jangan sedih. Kaklong happy & redha dengan semua ni. Betul, mulut senang untuk senyum & berkata ‘its ok’ tapi hati siapa yang tau kan.  Jujur kaklong cakap, tengok adik-adik bahagia dengan anak-anak & suami masing-masing cukup buat kaklong happy. InsyaAllah, kalau itu takdirNya, Dia ada planning yang lebih baik untuk kaklong. Jangan runsing pasal jodoh kaklong ye. Hoho.

‘’ Seandainya aku ditakdirkan untuk tidak mempunyai pasangan, sekurang-kurangnya aku pernah bercita-cita untuk menjadi seorang zaujah yang solehah untuk sang zauj. Sekiranya aku ditakdirkan untuk tidak mempunyai zuriat, sekurang-kurangnya aku pernah bercita-cita untuk melahirkan zuriat yang soleh & solehah untuk sang zauj yang dikasihi. Seandainya aku ditakdirkan untuk tidak bersama mu, sekurang-kurangya aku pernah bercita-cita untuk menjadikan mu zauj pilihan hatiku berlandaskan jalan Allah ‘’ – Amirah Azhar, 24 Julai 2012

Buat sang zauj,
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana.

Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah.

Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan ku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku.

Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.

Biar tak bertemu di alam fana, moga bertemu di Jannatul Firdausi. Amin

2.40pm, 24 Julai 2012

July 23, 2012

Day 1 - Week 3

Sahur


Scramble eggs + Chicken Meatloaf + Grilled Chicken + Mayonnaise



*lebihan ayam semalam tu grilled kan je dia & buat scramble eggs (2 biji). tapi di sebabkan demam & tak de selera makan, chicken meatloaf tu tak usik langsung.


Anggaran carbs : 1g




Iftar


Ayam Golek & Mayonnaise




*ayam ni banyak & selera makan still tak de lagi. kesan ubat demam & batuk tu kuat sangat. terasa di awang-awangan lagi. huhuhu. 


*orang slalu tanya 'kenyang ke?' jawapan : sangat kenyang sebab perut dah mengecik kot. Haha


Anggaran carbs : 1g


Total carbs : 2g

Day 7 - Week 2

Sahur

*termiss!!! sebab letih sangat naik bas dari Labuan - KK then terus ke class. Sedar-sedar dah pukul 7.30pg so kirim salam je la. Area Sabah/Labuan ni subuh awal dalam pukul 4.30pagi. 

Iftar

*hebat tak? Sahur di KK, buka puasa di Labuan. Haha

Tamar + Sup Ikan + Sayur campur + Ayam golek


 *ayam ni banyak so simpan sikit untuk sahur nanti

 *sedih betul tengok sayur ciput ni RM2

* ni housemate yang masak so xde resepi la untuk sup ikan ni. hoho

Anggaran carbs : 6.5g

Total carbs : 6.5g

Improvement

After 2 weeks, i lost 5kg & 20.75 inch ( whole body ). Tang drumstik aku tu ha yang paling banyak turun. weehooooo!!!!

Day 6 - Week 2

Selamat Berpuasa semuaaaaa


Sahur


Sup siam ayam 


*malam semalam saje masak sup ayam tu extra untuk sahur nanti. senang je nanti panas kan. heee




Resepi sup : sini

Anggaran carbs : 2.5g




Buka puasa


Ayam Goreng + Ikan Keli + Sayur Campur + Kurma



*sebiji kurma ada 5g carbs. so pandai-pandai la bahagi-bahagi ye

 *sayur kobis campur

 *ikan keli

*ini sebenarnya nasi ayam punya ayam. beli je ayam dia, RM3

Resepi sayur campur


Kobis - hiris 
Bawang - hiris
Telur - 1 biji
Garam
Sos Tiram - sikitttttt sangat


Tumis bawang & bila agak dah masak masukkan telur. Masak macam buat scramble eggs. Masukkan sayur kobis & sos tiram sikit je. Letak sikit air untuk bagi sayur lembut. Goreng goreng goreng sampai kering. Then letak garam & siap.


Anggaran carbs : 7.5g


Total carbs : 10g


*sila minum air yang banyak ok

Day 5 - Week 2

Breakfast


*hujan lebat sangat so pegi ofis awal sebab tumpang orang. Tak sempat masak. Heee


Lunch


Ikan Goreng (2 ekor) + Sup Daging 



* sebenarnya nak mintak sup daging tapi mulut ni dengan confidentnya order SOTO DAGING. Haha. Terpaksa la hirup sup & daging dia je. Membazirrrrr



Anggaran carbs : 2g


Dinner 


Sup Siam Ayam + Sambal Ikan Bilis




Resepi Sup : sini

Anggaran carbs : 2.5g


Total carbs : 4.5g

July 19, 2012

Day 4 - Week 2

Breakfast

*bangun lambat jadi tak sempat masak. nak pegi beli dekat kantin ofis, hujan pulak. jadi redhoooo je la. huhu

Lunch

Udang Sambal + Sayur Campur + Ayam Kari


As usual beli dekat kantin je. Hahaha.

Anggaran carbs : 4g

Dinner

Umai + Paru Goreng + Sayur kobis 




Beli dekat bazar je. Sedap gak lauk-lauk ni. Mals nak masak la beberapa hari ni sebab stok makanan dan habis. Malas nak pegi beli. Ampun la ye. Hoho

Anggaran carbs : 4g

Total : 8g

My Inspiration



Yeeehaaaa!!!

July 18, 2012

Day 3 - Week 2

Breakfast


Chicken Meatloaf + Scramble eggs + Mayonnaise


*kenapa sama je? malas & nak habiskan stok. haha




Anggaran carbs : 4.5g


Lunch


Sup Daging




*macam biasa. beli dekan kantin. xde mood nak makan benda lain sebab PMS menyerang


Anggaran carbs : 2g


Dinner


Sup Daging + Udang Goreng




*makan dekat kedai jugak. hahaha. emang dasar pemalas.


Anggaran carbs: 2g


Total carbs : 8.5g


Perubahan


Agaknya saiz perut saya dh mengecik kot. Sebab sekarang ni dah cepat kenyang.Perut kita ni senang di ajar sebenarnya. Kalau kita ajar dia makan banyak, banyak la boleh muat. 

July 17, 2012

Day 2 -Week 2

Breakfast


Chicken Meatloaf + Scramble Eggs + Mayonnaise


*gambar ada tapi baru jap terdelete dari hp. haha. ampun


Anggaran carbs : 3.8g


Lunch


Seketul Ayam Merah + Rendang daging


*tadi dekat ofis ada event so dorg bagi la semua staff tapau. so makan je la apa yang dorg bagi, jimat sikit duit. Haha.




**saya bersihkan betul-betul ayam tu dari nasi-nasi yang melekat (bahaya tu!) dan sos. nasib ayam tu besar, kenyang la jugak.


Anggaran carbs : 2g


Dinner


Grilled Chicken + Black pepper mushroom sauce + Omelette







Resepi ayam di sini
Resepi sauce di sini 


Lepas dah grilled ayam, saya panaskan sos black pepper tu dalam non stick pan yang sama dalam masa 5-10min then curahkan dekat ayam tu. Sedap. Them buat omelette. Kenyang betul!!


Anggaran carbs : 4g


Total carbs : 9.8g

July 16, 2012

Day 1 - Week 2

Alhamdulillah. Dah masuk minggu kedua dah. Percapaian setakat ini, ukuran badan berkurangan walaupun timbangan berat tetap sama. Tapi tetap hapy bila dah muat baju fav saya. Yeayyy


Breakfast


Chicken wings + Telur rebus + Sambal






*tu sambal nasi lemak tu. ambil sikit je. sebab mesti ada gula dalam sambal ni kan.
**beli dekat kantin ofis je


Anggaran carbs : 3g


Lunch


Sup Ayam




*beli dekat kantin jugak. haha


Anggaran carbs : 2g


Dinner


Tomyam Sup




*makan di kedai je. huuu
**saya malas masak bila diserang 'penyakit bulanan' ni. so paham-paham je la. kikiki


Anggaran carbs : 3g


Total carbs : 8.5g


Teringin nak minum Pepsi? 





Pepsi Light ada 0 sugar dan 0 carb. Jadi apa lagi!!! Yeayyyy. TAPI jangan minum kerap sebab dalam ni tetap ada kandungan kafein. Buat hilang teringin tu ok la.


Multivitamin




Ini multivitamin saya. So far saya makan ok. Dah kurang rasa letih-letih. TAPI kena minum air banyakkkkkkk kalau makan sebarang vitamin. Kalau tak kencing kita akan jadi kotor.

Day 7 - Week 1

Breakfast


*biasa la hujung minggu. Malas bangun awal. Rugi. Hahahaha


Dinner


Peria Goreng + Ikan Tandori + Ayam Goreng




Tengok pun tau makan dekat kedai mamak kan? Haha. Malas masak.


Anggaran carbs : 3.5g


Dinner


Fish Steak + Black Pepper Mushroom Gravy




Fish Steak


Ambil la apa-apa jenis ikan pun
1 biji telur
Lada hitam
Garam
1 sudu bread crumb (white)
Sedikit paprika


Lumurkan ikan dengan garam dan kemudian sedikit lada hitam & paprika. Gaulkan dengan telur. Akhir sekali taburkan sesudu bread crumb dan goreng ikan dalam minyak yang panas.


Black Pepper Mushroom Gravy


1 cawan stok ayam
1/2 sudu sos cili
1/2 sudu sos tiram
1/2 sudu lada hitam
1/2 tepung jagung
Garam
Gula tiruan
Bawang holland
Cendawan butang


Bawang dan cendawan dipotong dadu & tumiskan sehingga masak. Masukkan lada hitam dan masak seketika. Letakkan stok ayam, sos cili dan sos tiram. Kemudian masukkan tepung jagung yang telah di bancuh dengan sedikit air. Tambah garam & gula. Kacau sehingga kuah menggelegak & pekat. Siap. 


Simpan dalam bekas & letak dalam fridge. Bila-bila nak makan senang. 


*kuah ni agak cair dari sebab saya kurangkan penggunan tepung jagung.
**jangan ambil terlalu banyak. cukup hanya 1 mangkuk kecil sahaja.


Anggaran carbs : 5g


Total carbs : 8.5g

Day 6 - Week 1

Breakfast


*tak breakfast sebab Labuan hujan satu hari jadi Permaisuri beradu terlajak. Haha


Lunch


Chicken Chop with Scramble Eggs




**sebabkan dah lapar sangat, pegi la kay kedai makan. Dalam hujan & sejuk, lapar gila!
***tapi saya cuma makan ayam dengan mayonis je. Tembikai tu saya bagi pekedai tu balik. 


Anggaran carbs : 2.3g


Dinner


Ayam masak merah + Daging Kari (Kenduri rumah kawan)


*tak de gambar sebab lapar. Haha. Saya ambil ayam dua ketul, jangan ambil kuah dia langsung. Sama jugak dengan daging kari. Jangan ambil kuah kari tu. Kenyang gak la. Tapi tak boleh tahan tengok air sirap. Haha. 


Saberrrr!!


Anggaran carbs : 2.5g


Total carbs : 4.8g



July 14, 2012

Day 5 - Week 1

Breakfast


Chicken Meatloaf + Chicken Sausage with Scramble Eggs




*chicken meatloaf tu saya beli yang brand Ayamas. Lupa plak nak ambil gambar. Huhu. Sekeping tu ada 2.2g carbs.


**senang je kan. tak payah resepi la eh. haha


Anggaran carbs : 5g


Lunch


Ayam Penyet

*Beli dekat kedai je. Tapi tempe jangan makan. Sebab carbs dalam kacang soya tinggi. Saya makan ayam 2 ketul


Anggaran carbs : 2g


Dinner


Tomyam Putih Ayam


*tak ada gambar sebab terlupa. Lapa sangat. Haha. Beli kat kedai gak. Kikiki


Anggaran carbs : 2g


Total carbs : 9g


LilySlim Diet days tickers

July 12, 2012

Day 4 - Week 1

Induction

Breakfast

Chicken Breast with Sauté Mushroom and Scramble Eggs


Dada ayam
Garam
Lada putih
Garam
*gaul & perapkan buat sementara waktu

Cairkan suku sudu butter dalam non stick pan. Masukkan ayam & grill hampir masak. Masukkan hirisan cendawan butang & biarkan sehingga ia keperangan. 

Scramble Eggs

2 biji telur
Garam

Anggaran carbs : 3.5g

Lunch

*tak ada lunch sebab terlajak tidur sampai pukul 1.50ptg. Haha.

Dinner

Sup Campur (Ayam+Daging)



* beli dekat kedai odw balik dari keje. Lapar x hingat. Tak sempat nak masak segalam bagai. Haha. Kalau perasan, menu saya banyak supp. Sebab saya memang suka sup :)


Marinated Grilled Chicken




*untuk 20ketul ayam-drummet & wings
1 sudu sos tiram (carbs : 13.5g tapi ni adalah untuk 20 ketul ayam. so its ok)
Sedikit serbuk bawang putih / bawang putih yang ditumbuk
Sedikit serbuk cili
Sedikit rosemary
Sedikit kunyit
Garam
Serbuk cili


Gaul semua bahan dan perap sekurang-kurangnya 30minit. Saya hanya grill sebanyak 6 ketul sahaja. Selebihnya tu saya simpan. Senang bila nak pakai lagi. Letak suku sudu minyak dalam non stick pan kemudian grill kan ayam sehingga masak dan keperangan. Boleh juga makan dengan mayonis.


Anggaran carbs : 5g


Total : 8.5g


Berita happy!


Ada sehelai baju fav saya dah muat. Yeayyy. Happyyyyy!!!

July 11, 2012

Day 3 - Week 1

Breakfast


Tak ada makan pun sebab tak tau la kenapa. Tak ada selara langsung. Lagipun lewat bangun, tak sempat nak masak. Haha


Lunch


Sup Campur (Ayam + Daging) + Sayur kobis + Air Lemon Panas






Beli dekat kantin ofis je. Lemon panas tu tanpa gula. Lupa plak nak bawak Equal.


Anggaran carbs : 3.5g


Dinner


Chicken chop
*tak tau macam mana nak rotate gambar. Dah rotate tapi entah kenapa degil sengat. Lantak kau la labu!


Ini pun beli dekat kedai je. Saya cuma makan ayam tu je. Yang lain semua tu tak makan. Tapau bawa balik bagi housemate. 


Anggaran carbs : 4g *sebab ada bread crumb dekat ayam tu


Total carbs : 7.5g 


Sangat tak ada mood nak masak & makan hari ni. Rasa letih sangat. Tu salah satu side effect proses katosis ni.


Oh. Hari ni barang yang saya mintak mak pos dah sampai. Tadaaa




Ni segala mix herbs la, basil la, oregano la, garlic powder la, rosemary la, paprika la bla bla bla. Senang sikit nak masak lepas ni. Huhu. Duduk pulau ni barang mahal. Kereta je murah kat Labuan ni. Kekekeke.


Tq mak :)