Pages

January 7, 2011

"What's Hot is Gettin' Hotter" by CST & LYNDARAHIM KUALA LUMPUR

Hello hello semua.


Entry kali ni adalah untuk menyahut cabaran CST & LYNDA RAHIM KUALA LUMPUR(LRKL) .


Wah, cabaran apa tu? Haha. Anda diminta untuk menulis atau mengarang My Dreams 'Wedding' atau My Dreams 'Love Story' di blog atau di facebook notes.
So, saya pilih untuk mengarang di blog saya.


Tajuk yg saya pilih ialah (dah macam jawab karangan SPM plak dah..haha)


MY DREAMS WEDDING


Secara jujur, saya ada 2 impian perkahwinan (over siot!). Yang first dan paling utama skali ialah untuk melansungkan perkahwinan dalam zaman dulu-dulu. Macam yang CST pernah cover wedding dorg ni : Majlis Pengsohoran Raja Sehari
Memang masa first time tengok video ni, menjerit jap. Sebab dah ada orang buat dulu. Huhu.


Tak pe, this time saya nak cerita pasal impian yang kedua plak. 


UNDERSEA WEDDING


Tarraaaa... Impian nak kawin dalam laut tapi memandangkan saya ni tak pandai berenang dan taku nanti kalau saya berenang tak timbul-timbul plak, saya nak bawak konsep ni ke dalam dewan.


Ok, macam ni. Bayangkan satu dewan yang besar dan ada air-cond. Kiri kanan dewan tu ada marine aquarium yang besar & panjang. Dalam tu ada ikan-ikan yang comel dan jarang-jarang kita tengok. Ikan sepat & ikan kerapu x nak eh. Haha. Plus ada octopus (versi kecik je dah la) and udang-udang, kuda laut, tapak sulaiman & segala macam rupa batu karang yg cantik.


(untuk dapatkan gambaran, sila ke blog Kak Love ni klik sini . Sangat jeles dengan  aquarium dia)


Lighting : lighting dalam dewan tu plak sebijik macam dalam laut. Malap kebiru-biruan. Then tengah-tengah dewan kena ada chandeliers warna gold yg besar untuk mewakili bulan yang tersergam indah di tengah-tengah laut. Tapi lampu dari chandeliers tu pun xnak terang sangat. Sebab kalau dari dasar laut kan x nampak sangat cahaya bulan tu. Pastu dalam aquarium tu kena la ada lampu-lampu yang cun kan.


Hall deco : Lepas tu dekat aisle yang pengantin jalan tu, instead of bunga-bunga ros, saya nak gantikan dangan daun-daun yang menyerupai rumpai. Ala-ala macam ni


Pic taken from : http://www.clipartof.com/details/clipart/53458.html

Pastu sepanjang jalan untuk pengantin tu, saya nak tabur pasir, batu-batu kecik & cengkerang-cengkerang.Dapat bayangkan tak? Hehe.

Then deco untuk atas meja tetamu cuma ada candle bulat yg kecil dan di biarkan terapung-apung dalam bekas kaca lutsinar. Dasar bekas kaca tu letak batu-batu kecik warna-warni (yang macam jual dkt kedai ikan tu).

Meja dan kerusi semua warna putih. Then dekat kaki-kaki meja tu lilit-lilit la sikit daun (ala-ala rumpai) dan bunga-bunga kecik. 

Makan minum : Tetamu di hidangkan dengan makan-makan yang di datang kan khas dari laut sahaja. Ikan (segala jenis ikan), udang, sotong, ketam ,lala, kepah & ntah apa-apa ntah lagi la. Haha. Mewah gila kan. Say no to ayam masak merah, rendang daging and bla bla bla.. Pastu air lemonade akan di sediakan untuk membuang kolesterol-kolesterol lepas makan seafood tu. Baguskan!

Hiasan pelamin : Saya nak kerusi yang macam King Triton dalam katun The Little Mermaid tu pakai.

Lebih kurang macam ni la. Hehe

Keliling pelamin tu nak letak macam-macam jenis bantal yang berbentuk dolphine ke, shell ke, sea horse ke, tapak sulaiman ke, anything yg berkaitan dengan tema la.

(Kiranya macam saya & pasangan adalah King Triton and bantal-bantal tu dan tuan puan tetamu ialah rakyat jelata..hihi)

Pokok-pokok rumpai, cengkerang-cengkerang & pasir-pasir tu of coz la kena ada.

Ala-ala macam ni la kalau saya & pasangan duduk nanti :)


Baju pengantin : Warna putih. Sebab saya nak orang lain nampak saya je malam tu. Haha. Simple white dress with a looooooooong train. Konon-konon macam ekor mermaid la. Si pasangan pulak pakai white suit. Then untuk tiara saya, saya nak bentuk macam cengkerang. Kecik je,xnak besar-besar.

Doorgift untuk tetamu : Still lagi dalam bentuk shell. Bayangkan bekas compact powder yang ada cermin tu,tapi dalam bentuk shell. Dalam tu saya nak ukir nama saya & pasangan, tarikh majlis dan ''UNDERSEA WEDDING''. Tapi bukan la nak bagi compact powder. Haha.

Muzik latar : Bunyi air, ombak, ikan-ikan & dolphine. Ya allah. Tenangnya rasa.

Rasanya macam dah cover semua kan? So, end of the story.

Impian saya ni banyak di pengaruhi oleh kartun The Little Mermaid. Sampai sekarang saya & adik-adik sangat minat cerita ni. Kalau time kecik-kecik dulu berebut nak jadi Ariel. Haha.

Now nak cerita pasal hadiah. Kalau ada contest, mesti la ada hadiah kan. Kalau ada hadiah, mestilah mantop kan.

Hadiah untuk si pemenang ialah :

1 event full coverage by CST PRODUCTION (Majlis pernikahan / Persandingan / Pertunangan / Aqiqah / Birthday / etc... )

1 set wedding Dress Bride & Groom (worth RM4000++) by LYNDARAHIM KUALA LUMPUR.

Hadiah ini valid sehingga 1 Jan 2012 sahaja.

Hadiah boleh di tukar milik.



Woooo... Baju LRKL tuuuu... Event coverage by CST tuuuuu.... FREE plak tuuuuu... Gila la kalau sapa x nak. Hoho.

Dan.. Saya suka bila ada ayat ni ' Hadiah boleh di tukar milik '

Di sebabkan ayat tu la yang buat saya join contest ni.

Jika di takdirkan saya menang, hadiah-hadiah ni saya nak transfer kepada adik saya yang nak kawin nanti. Tapi tak tau la bila dia nak kawin. Hujung tahun ke, awal tahun depan ke, tak tau la. Huhu. Tapi hadiah ni valid sampai Jan 2012 je, pandai-pandai lah kau adjust eh. Haha

'' Nona, kak long xda duit untuk nak sponser wedding kau walaupun kak long teringin sangat nak buat macam tu. Kak long pun xda duit untuk nak tolong kau cukup-cukupkan apa-apa yang patut. Andai di takdirkan menang, memang rezeki kau kawin awal. Niat kak long cuma untuk happy kan kau je. InsyaAllah. Love u,sis ''


ps : untuk adik bongsu ku, kau jgn nak tacing-tacing eh knapa along bagi angah. blaja dulu baru kawin. haha. Love u too,sis 

Nona                            Adik 


Untuk pengadilan pulak, penceritaan yang menarik & voting dari pembaca.  70% daripada voting & 30% daripada Juri CST & LYNDARAHIM

Tarikh Tutup penyertaan
- 6 Jan - 20 Jan 2011 (Penyertaan)
- 21 Jan - 31 Jan (Online Voting)

Jadi, AFUNDI la saya seikhlas hati anda. TQ :)


Lastly, setinggi-tinggi penghargaan untuk CST Production & LyndaRahim Kuala Lumpur sebab angjurkan contest yang cambest ni. Ada rezeki buat lagi. Haha. Selamat maju jaya untuk dua syarikat gergasi ini. 


http://www.facebook.com/cstproduction


http://www.facebook.com/LYNDARAHIMKUALALUMPUR


27 comments:

Anonymous said...

mcm mana nak AFUNDI? long..... so sweeeet!!!!!!!!!!

Cik Shidot said...

all da best! ^_^

Anonymous said...

mcm mane nk vote?? -lailyza

Shahada Fauzi said...

baiknye along ni...nak kasik kat adik..^_^

skieyn said...

nak bawak spongebob dengan patrick sekali x ? hahaha.. Good luck dear !

"What's Hot is Gettin' Hotter" by CST & LYNDARAHIM KUALA LUMPUR

MyRainbowDreams said...

nona : nnt la blm lg.. huhu

shidot : hihi thanks :)

laily : blm lagi date utk voting :)

cik sha : thanks awak :)

skieyn : haah la, good idea. thanks :)

sniffa93_aznil4eva said...

salam, sis comel gila dreams wedd ni:)

serious ini akan jadi yg pertama kat malaysia ni.. kt tempat lain pun belum tentu ada.

tema ala2 kelaut-lautan ni betul2 cool:)

goodluck..

adorable ~A.N.A said...

besh wedding dream ni...
yok exchage link
:)
good luck dear...

Unknown said...

Simple and precise..Good luck for the contest :)

luvia said...

uniiik...gud luck:)

fara ain said...

sweetnya... :) gud luck

Ainee Cumi said...

Idea ni memang best sangat. ALL THE BEST DARLING.. dengan niat murni u nak hadiahkan kat adik u lagi..

Btw i pun ada join... Have a look kat I punya entri number 137.. 138 is my fiance.. TQVM

MyRainbowDreams said...

sniffa : hehe.. bestkan? :)

A.N.A : thanks dear :)

makiko : thanks a lot :)

luvia : theee ;p thanks

sery : thanks, u too good luck ya :)

fara : thanks :)

ainee : thanks dear. wah yr fiancee skali join? hehe good luck k..

Keknis said...

wow! best2 kawen berlatar-belakang aquarium...by the way, good luck... jenguk sy punya skali..hehehe

http://anisempoi.blogspot.com/2011/01/whats-hot-is-gettin-hotter-by-cst.html

Cute Mommy said...

da dpt bayangkan da...hehehehe...mesti sweet giler weeding tu nnt..xpenah lagik org wat kannnn

Nur Baizurah Azman said...

gempak la imagination ko...msa aku bca, aku dh leyh byangkn..hehehe...
gud luck weii...moga ko menang

Anonymous said...

dah vote!
something yg different dear~!

Teratai Ibunda Catering said...

good luck in this competition. if you need catering services, do not hesitate to contact us at terataibunda.catering@gmail.com. tq~

Unknown said...

Jom exchange vote nk? Mine is number 127. Also nk exchange link boleh? www.bnsyg-stories.blogspot.com Do let me know at my blog k? T1 =)

Apple Sweet said...

Gud Luck.....dh voted

http://sweethoney01.blogspot.com
mai sggh sini lak

nurayunni said...

gd luck dear....

cnen said...

gile best kalau dpt! gud idea!

gud luck!

iDa said...

idea yg sangat best...pe pun gud luck...i dah vote u... =D

Unknown said...

I read yours before voting started.
Now I am here again, supporting fellow participants. Voted for you :)

Hope to see you reading mine (#40) and like them as well :)

Nurul znh said...

da vote n follow kamu..gud luck!!
http://www.znhshawls.com

WanieShifu said...

nice dream dear :)

http://missadeqwanie.blogspot.com

WanieShifu said...

btw gudluck ok